Peringatan sebelum Raya


Assalamualaikum



Esok dah nak raya ! Selamat jalan Bulan Ramadhan, Ema berdoa supaya Ema dan sekeluarga dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan. Insha-Allah. 

Segala ibadat khusus dan ammah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan harap-harap dapat dikekalkan lagi pada bulan yang seterusnya. 

Kalau dah rajin bersedekah, teruskan amalan bersedekah. 

Bila dah rajin buat solat sunat, teruskan mengerjakan solat sunat. 

Amalah bertadarus dan bertadabbur Al-Quran sebelum dan selepas solat, janganlah ditinggal-tinggalkan. Tak baca Al-Quran 1 hari diibarat tak baca 1 minggu, 1 minggu tak baca umpama 1 bulan. 1 bulan pulak..1 tahun. Rindulah pulak Al-Quran nak dengar suara kita menyebut Kalam Allah yang suci.








No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.