Saya nak ke pawagam...Boleh tak?

June 16, 2011


Ema : "Wahh....nak tengok jugakla movie tu.."
Sepupu (29 thn) : "Mana boleh,budak agama tak leh tengok pawagam..haram..*suke2*


-------------------------------
Assalamualaikum...

Pernah kawan rasa nak tengok citer bez2 kat pawagam berhampiran,tapi was-was nak pergi?sebab..anda fikir tengok wayang berdosa?dan haram?

Nak tahu pandangan ustaz?


Q
Ada rakan saya berkata kepada saya bahawa hukum menonton wayang di pawagam adalah haram kerana banyak kemungkaran di dalamnya. Adakah ini benar? Selain itu , adakah berkaraoke di tempat karaoke juga haram? Harap ustaz dapat membantu dalam hal ini.

AAssalamualaikum Warahmatullah.

Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.

******

Yang ini adalah link kepada forum dan pandangan orang lain > klik sini ke iluvislam

*******

Jadi,bagi Ema..kalau nak tengok cerita kat pawagam tu,kalau berkaitan islamik..tak apalah.bukan hiburan semata-mata..tak apalah.Kalau nak tengok cerita - cerita lain....SABO JERLA.tunggula kuar tv ke , kuar DVD ker.Tengok kat u tube sudah yer.Tak payah menggatal2 nak p pawagam.Senang cerita,tak usah tengokla movie yang pelik2..=.='
Ema pun suka movie ..tengok HBO ngan TV Jer,kalau kakak baik hati,dia bagi tengok cerita2 DVD dia beli punya (dulu2 jer,masa besar gajah nie,dah tak bagi dah..)


p/s:Ema sebenarnya nak tengok HP movie last sekali.Kena tengok.Part 1 tak tengok lagi ni..Dari kecik g minat,kalau cuti penggal sekolah,mesti ada cerita HP,tapi,sekarang dah tak ada.
Ema pilih Harry Potter dari Twilight> tak sedap >.< YES!Sorry twihard fan.Got to say this..i'm not twilight fan!face it!! Go HARRY!
he3~~

pp/s:Fakhy pun baruuuu jer nak minat tengok Detective conan live action punya.Kan rumit cara nak selesai kes...kan fakhhy?

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.