Karnival Jom Masuk U!

January 10, 2011
 ASSALAMUALAIKUM

JOM MASUK U!

Alhamdulillah.Hari ini,dengan berbeeesaar hati sekali.Ema ingin menguar-uarkan satu karnival yang 'meletup' yang bakal menerjah Kuala Terengganu.
Karnival Jom Masuk U!



Karnival Masuk U akan memulakan pengembaraannya di Semenanjung Malaysia,dan First Stop Carnival masuk U ini  ialah Terengganu Sendiri!

Oleh itu,Ema akan sediakan butir2 lanjut mengenai Karnival Masuk U ini seperti berikut :

Lokasi : Terengganu Trade Centre (TTC)
Masa : 14 -  15 Januari 2011

 Kumpulan yang disasarkan bagi mengunjungi KPTN adalah: 

i) Pelajar yang sedang belajar di peringkat SPM / STPM / Diploma / 
Matrikulasi / STAM; 

ii) Lepasan SPM/STPM/STAM/Diploma dan lain-lain yang sedang 
menunggu keputusan; 

iii) Lepasan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia; dan 

iv) Guru Bimbingan dan Kaunseling, pendidik, ibu bapa, dan masyarakat 
setempat

Aktiviti yang dianjurkan : 

a) Pameran Pendidikan sempena Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) 
Tahun 2011  ‘JOM MASUK U’ 

b) Forum Peluang Pendidikan Tinggi bagi pelajar Lepasan SPM/Setaraf dan 
STPM/Setaraf kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta kaunselor 
terpilih di setiap zon; atau Seminar Peluang Pendidikan Tinggi peringkat 
kebangsaan terbuka kepada guru, ibu bapa dan pelajar di zon 1 dan zon 11. 

c) Cabutan bertuah ‘JOM MASUK U’ kepada pengunjung;

d) Cabutan Perdana ‘JOM MASUK U’ dengan hadiah yang menarik; 

e) Kuiz ‘JOM MASUK U’ untuk menguji minda pengunjung dengan hadiah yang 
menarik; Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada pengunjung;  

f) Semakan syarat khas kelayakan program; 

g) Pendaftaran Sahabat UPU; dan 

h) Liputan radio secara langsung seperti sesi bual bicara. 


Pameran pendidikan 


a) Sebanyak 200 buah reruai (booth) akan disediakan kepada 
Jabatan/Bahagian/Agensi/Institusi yang akan mengambil bahagian di setiap 
zon. 

b) Pameran Pendidikan ini akan disertai bersama oleh: 

i)   20 IPTA;  
ii)  100 IPTS terpilih; 
iii)  Bahagian/Agensi di KPT seperti BPKP JPT, Jabatan Pengajian 
      Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, SPIPTS, Bah. Biasiswa, 
      UKK/KPT, PTPTN, MQA; 
iv)  Agensi/Bahagian di bawah KPM seperti Bahagian Pengurusan 
      Kokurikulum dan Seni (BPKS),  Bahagian Matrikulasi KPM (BM KPM), 
      Bahagian Pendidikan Guru (BPG KPM), Majlis Guru Bimbingan dan 
      Kaunseling Negeri; 
v)   Yayasan Negeri; 
vi)  Agensi pembiayaan pendidikan; dan 
vii) Lain-lain agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dengan 
      pendidikan tinggi seperti Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia 
      dan Sukan, dan MARA.

Jadual :



maklumat lanjut > Karnival Jom Masuk U!


Oleh itu,jangan melepaskan peluang ini..terutama jika anda pelajar SPM seperti Ema.Inilah peluang keemasan anda untuk mendapatkan info yang sebanyak mungkin mengenai U pilihan anda hanya pada One Stop Centre,di mana semua U akan berbondon-bondon ke kawasan berhampiran anda ..


p/s:Ema macam juruhebah pulak rasa dalam Post ni..Juru Hebah.Boleh jugak eh,U mana ada course nak jadi juruhebah nie eh...
Ema hajat nak book-in bas sklh kalau ada transportation ke TTC macam tahun lepas.T.T


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.