Biskut lidah kucing
Assalamualaikum
Akhirnya dapat juga menghasilkan biskut "Lidah Kucing" ni walaupun hajatnya nak buat untuk dimakan pada Hari Raya, tapi sayangnya loyang tak ada. Budak-budak suka biskut nie sebab rangup, warna-warni , mungkin manis sikit. Adik Ema nak sangat makan, so Ema nak jugakla buat, tapi terbantut hasrat sebab Loyang tak dijumpai.
Kebetulan Ahad lepas pergi jalan dekat Dataran Austin, Gong Badak KT untuk cari farmasi. Sini susah sangat nak cari produk Himalaya T.T. Alhamdulillah, jumpa jugak Himalaya dan jugak Loyang.
Ada 2 kedai pembekal bahan kek n kuih etc kat sana yang baru dibuka. Jumpa juga Loyang berbentuk Hati, bulat dan leper "lidah kucing". Tak mahal. Harganya dalam RM16 untuk 32 keping biskut 1 tray. Tak kira pulak berapa inchi.
Resepi
- 250gm mentega
- 175gm gula kastor
- 100ml putih telur (lebih kurang dari 3 biji telur, sila sukat ye)
- 200gm tepung gandum
- 50gm tepung jagung
- 1/4sk emplex
- Pewarna ikut suka~ 5/6 warna
Cara-cara
- Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
- Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
- Masukkan tepung. Kaup balikkan dengan spatula sehingga rata
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka
- Masukkan adunan dalam piping bag.
- Dan kemudian sila pipe kan seperti gambar di bawah.
- Panaskan oven 160 darjah dan bakar selama 15 minit.
Kali pertama buat. lembik.. T.T. Terpaksa masak sekali lagi. Nak sedih lagi, loyang lidah kucing tu besor T.T, tak muat nak tutup pintu oven.. Nasib baik naik molek. Rangup + manis sikit. Ema pakai gula perang sebab gula kastor tu dah habis. Dapat dalm 100 biji. Dah habis separuh dimakan adik-beradik yang lain.
sedapnyer. macma senang je buat sndr. xde lah asyik beli kt luar. huhuhu
ReplyDeletesedap rangup n manis..
ReplyDeleteKalau beli kat luar mahal kan..
Buar sendiri la lagi syok!
nampak sedapppppp. xpna makan lg. hehe
ReplyDeleteBoleh la tahan sedap..Tapi kena minum air kosong banyak sikit la lepas makan..:D
ReplyDelete