Macaron pemanis mulut

September 01, 2014


Assalamualaikum


Dia bulat cantik bersinar. Kulitnya licin , berwarna-warni disertakan filling yang lazat. Nampak enak bukan Si Macaron ni. French Macaron ini bukan sebarangan dessert. Rasanya sangatla........ manis?? Kata bloggers lain. Ema tak pernah makan pun (kih3) sebab tak pernah sekali pun Ema jumpa depan mata sendiri.

Nak beli? Woish. Katanya 1 biji ukuran macam duit 50 sen harganya mampu mencecah RM4/biji. Kenapa mahal?

Mungkin kerana kandungan badam yang mahal dipasaran. Sebab lain bagi Ema kerana cara membuatnya yang agak cerewet bagi amatur macam Ema ni.
Bila baca kaedahnya..
"Oh senang sahaja nak buat..pastikan ni ni..kalau tak nanti ni ni.."

Bila nak buat. Macam-macam ragam jadinya.
Hasilnya?





Nampak takk!! Mestilah tak menjadi kerana
  • Dia tak berkaki!
  • ada air poket
  • Retak
Kalau ikut kata bloggers lain, ni disebabkan oleh over-folding waktu macronage ( proses kaup balik putih telur+badam+gula aising)..
Tapi bila fikir balik, tak ada pulak adunan tu nampak cair ...Cantik jer
Why oh why En. Macaron



Apapun yang tak menghampakan ialah Fillingnya. Ema buat coklat ganache. First time buat, alhamdulillah. Sodap.  Boleh sahaja nak letak Nutella - rm17 , buat filling berperisa sendiri - raspberi, blueberi, buttercream etc




Walaupun letih buat, mestilah kena rasa macam mana Macaron ni boleh menggoda orang ramai. Waktu 1st makan tu...
.. Mak Oiiii!!!

MANIS! SWEET!!!


Ema ada baca rasa Macaron yang sweet, Ema suka sweet. Tapi sweet Macaron nie..T.T. Ya Allah. Macam minum air gula! Nak tak manis macam mana, gula aising dah kat 180g campur lagi 65 gula kastor.. Kenapa......

Tapi.. Ema simpan dulu dalam peti ais. Kasi sejuk. Bila try lagi kali ke-2..
"Eh, sedap la pulak walaupun manis.."

Dah ngap dua biji dalam mulut sambil menaip post ni~ Tapi sediakn jugaklah 1 gelas air kosong...Manis la cik oii.. 1 biji la sehari, bila badan kurang glucose, bolehla buat makan T.T

Itu sahaja catatan masakan  Ema si amatur for today. Ema ingatkan nak buat Kek Tiramisu sebab mak Ema dah suka kek Tiramisu Secret Recipe tu.. Tapi bahan tak ada so, buat lidah kucing dululah sebelum balik Universiti next Sunday. Oh, mak Ema pun mengidam Fruit tart.....o_0


p/s: This is how a perfect Macaron should look like.
 



No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.