Malam Hari Raya Aidil Adha



Assalamualaikum

Alhamdulillah, selamat pulang ke rumah untuk semester break 1 week. Insha-Allah, ada banyaklah assignments, presentations, baca notes, and lab reports untuk di siapkan. Mata Ema pun dah jadi cam @_@ bila baca paper articles, and journals' researchers.  Tu pun tak sampai 10, kalau ambik Phd nanti, boleh dedikasi 2 tahun untuk baca semua ni sahaja.




Malam ni mak dah masak rendang. Sedap oii.. Rendang mak memang no.1. Series. Tak tipu, kalau buat bisnes boleh dapat untung kata orang. Kebetulan lama dah tak jenguk blog Puan Azlita Masam Manis tu, terjah la jugak untuk makanan yang Hemp lazat .. Tu baru tengok gambar. Ternampak la satu menu yang nampak lazat nie, Potato Fritters. Atau, cengkodok Ubi kentang.
 Lari la sikit dari resepi yang asal sebab tambah tepung dalam + 2-3 sudu besar tepung untuk biar lekat... Rasanya?
 Ema cicah dengan kuah murtabak sebab nak kasi manis sikit. Makan dengan sos sedap la tu..





Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabu Muhammad SAW bersabda: Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya ( Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati ( orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.
(Riwayat Ibnu Majah)



 Malam raya ini, macam biasalah kita meriahkannya dengan suara Takbir dan Tahmid. Dari masjid, radio atau TV, biar satu rumah dengar >.<. You tube pun you tube la. Nak hidupkan malam raya ini bukan sekadar itu sahaja, solat tahajjud tak pun bezikir dan baca Al-Quran pun dah Ok~

Maksud hati mati sesetengah para Ulama' mentafsirkannya sebagai Hati yang terbelengu dengan hal dunia, orang yang kafir dan orang yang takut pada Hari Kiamat.


Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu Darda' berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat , malam hari raya aidil adha, malam raya fitri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.

Buat Abang sulung yang berada di Tanah Suci Mekah, semoga mendapat Haji yang Mabrur. Amin.

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.