Jungle Trekking FRIM Kepong



Assalamualaikum 


'Jangan ambil apa-apa kecuali?..'

'Jangan tinggal apa-apa kecali?..'

'Jangan bunuh apa-apa kecuali?..'

Itu pesanan (dan teka-teki) ranger selaku pengiring group kitorang sebelum masuk hutan FRIM.
Jawapannya senang dan quite witty..


******

Lawatan ke FRIM was organized to fulfill our subject requirement. Previous year masuk Taman Negara Pahang tapi tahun ni aktiviti kitorang adalah jungle trekking di FRIM. Bayaran dikenakan RM6.50, the rest Department Bioteknoologi managed. 

1 batch ada 76 orang. Dipecah kepada 4 kumpulan dan diketuai seorang pengiring. Satu pengiring bayarannya ~RM120/group. Bertuahla pergi ramai-ramai. Max orang 19/group. 

Walaupun banyak tempat menarik yang menjadi tarikan FRIM, but the most -must-thing-to-do bila datang FRIM adalah Canopy Walk. Jambatan gantung sepanjang 150 m pada ketinggian 30 m ni memang perlu cuba. Selain  dapat tengok panorama hutan dan hirup udara segar, kita juga dapat tengok KL dari sini!







Sayangnya, kitorang tak dapat naik pun. Oleh sebab jambatan ini hampir capai 'tarikh luput' dan pokok-pokok pun dah semakin tua, hanya 60 visitor/day dibenarkan naik. Last day to try is before 25 June 2017 before it will be officially close. Akan ada jambatan baru (inshaallah) tapi unknown bila nak siap. 




Oleh sebab tak boleh naik atas, kita tengok bawah. Ikan Naga aka Arapaima. Gergasi. Lebarnya mencecah 2.5 meter. Uniknya ikan invasive ni, kita kena tepuk tangan untuk panggil dia. Makanan favouritenya ialah ayam dan..ikan.



Sebelum masuk hutan, selfie dulu


Research Gallery


Galeri FRIM menempatkan hasil kajian dan produk yang dihasilkan FRIM. Galeri pameran pun ada untuk mengenali flora dan fauna yang terdapat di hutan. Mostly banyak kayu. Serba serbi kayu. Siapa yang sukakan material kayu memang akan suka.



Jungle trekking

Jungle trekking mengambil masa 1 jam dalam laluan sepanjang 1.5  km. Guide lead dan membawa kami mengenal hutan, pokok, daun, serangga dan 'phenomena' yang terdapat di hutan FRIM.




Putat Laut 


  

Pokok yang ditebang FRIM - kerana tua dan berisiko akan tumbang

Crown Shyness


Antara pemandangan cantik serba indah yang perlukan masa untuk mengahyati. It just perfectly 'untouched'. Bak kata guide, daunnya tak bersentuh, macam mahram. šŸ˜ŒšŸ˜³ . Pemandangan ini hanya terdapat di 3 tempat di bumi ni, dan FRIM adalah salah satunya. Pokok yang menghasilkan crown shyness tu pokok kapur. Gambar ni pernah diambil oleh photographer National Geographic



1241514.  Crown shyness among secondary growth trees, Selangor, Peninsular Malaysia
Courtesy of National Geographic






Kami banyak diberi penerangan pasal pokok, daun dan serangga yang kami jumpa tengah jalan. Haiwan memang tak ada sebab dia dah mark kawasan kami lalu. They can smell us. Tapi malam-malam, kancil, musang and wild boar akan keluar, tapi di kawasan lain.  Memang low chance untuk tersempak dengan haiwan waktu jungle trekking.


Sorry la ya tak ambil banyak gambar cantik-cantik. Handphone biasa-biasa. Yang cantik tu sebab orang yang ada DSLR ambik. 




Curtain call with En. Farhan selaku guide and Dr. Zarina - our lecturer

In the end, it was a splendid but short adventure. Walaupun tak dapat canopy walk, nak pergi waterfall -- pun tak dapat. kena jalan 1.5 km dan semua lapar tunggu makanan.. Asyik terperut depan laptop siapkan thesis sampai tak boleh tidur malam. Takut imnsonia. Tapi lepas balik trip, alhamdulillah dapat tidur awal dengan nyenyak. Next trip in calendar biotech. 2 Days 1 night dekat Kempville, kuantan. 


p/s: Currently in hate-love relationship sebab wifi uia laju sangat tapi block Sci-hubb access (slowing my thesis writting).


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.