Kursus Bioteknologi UIA/IIUM Kuantan |Walkthrough Sem by Sem
Assalamualaikum
Kenapa awak pilih Bioteknologi? Ya awak! Pilihan awal sejak dapat result SPM, parents suruh, atau tiada pilihan sebab kena tendang dari kursus asal?
1 minggu sebelum tamat sesi kelas kami, ada penceramah luar bertanya kami selaku pelajar Bioteknologi,
'Ada sesiapa yang tak berminat dengan bioteknologi?'
Ada seorang classmate angkat tangan, katanya dia kurang minat dengan kursus ni sehinggalah ke akhir pengajian kami.
'Tapi anda dah berjaya sampai tahap ni...,' jawab si penceramah, antara saintis wanita terkemuka di Malaysia.
Apa sahaja sebab anda memilih atau berminat dengan Bioteknologi, Ema sedia membantu lebih-lebih lagi untuk bakal pelajar UIA. Ema akan beri sedikit (atau banyak) overview tentang perjalanan Ema sepanjang menjalani sesi pembelajaran di UIA terutama dalam bidang Bioteknologi.
Kami datang dari latar belakang yang berbeza. Ada ex-CFS dari asasi Bioscience, ada dari Medic atau Nursing etc., direct intake dari A-level programme atau international students dari Pakistan dan Algeria.
Macam biasa, sesi Taaruf yang mengambil masa 3 hari. Program yang menyusul adalah program suai kenal dengan Kuliyyah masing-masing. Simple briefing tentang arah tuju kita, list of subject sepanjang 4 tahun, register subjek untuk semester pertama beramai-ramai secara online, briefing program SCIENCESS dan macam-macam lagi. Masih ingat lagi yang ada ramai pelajar minta tukar program but still under Kuliyyah Science, contohnya, Physics, Math and Chemistry programme.
1st Year| Wʜᴀᴛ ʜᴀᴘᴘᴇɴs ɪɴ ᴄʟᴀss
Kami memang ramai. Hampir 80 orang sekelas, agar sukar untuk Lecturer handle dalam satu masa. Kelas biasanya di lecture theatre, main auditorium dan classroom biasa. Bahasa pengantar: English. Awal-awal, kami agak kekok. Tapi lama-lama, semua tidak kisah speaking walaupun grammar berterabur dan message susah untuk disampaikan. At early stage, ini period kena 'suap'. Lecturer gives almost 95% guidance and long talk during each lecture. Lecture notes were given, quiz is mentioned beforehand (Ada sorang Dr waktu Ema suka POP POP POP quiz).
1st year| ᴡʜᴏ ɪs ᴍʏ ʟᴇᴄᴛᴜʀᴇʀ?
Kami ada local lecturer dan juga International Lecturer. Excuse pronounciation mereka sebab ada dari Sudan, which dialek English-Sudan agak pekat. Sesetengah Dr tak suka yang datang lambat, kerja tak kemas, student tak pakai ikut dress code (display maatric card, kena kasut tutup etc.).
1st year| ᴡʜᴀᴛ ᴀʀᴇ ᴛʜᴇ sᴜʙᴊᴇᴄᴛs ʟᴇᴀʀɴᴛ?
Senarai subjek untuk 1st year |
Ramai yang tersungkur waktu Mid Semester Exam dan ada yang nak drop subject sebab ingat dah fail. Sebenarnya, gagal ujian mid sem tidak semestinya anda tidak ada peluang untuk lulus subjek itu. Drop subject bukan caranya. Fighting for other task, macam kuiz atau assignments. Carry marks subject waktu tu (*sekarang Final exam mostly 25%) contohnya;
Lab Report : 15 %
Quiz : 10 %
Mid Sem Exam : 30 %
Final Exam : 45 %
Perasan tak code SBT dalam gambar list of subject? Kod selain tu ialah kod untuk subjek Universiti dan Kokurikulum, contohnya Principle and Practices of Management, Study Circle, Leadership, Skill etc..
Tempoh kelas ialah 1-2jam untuk weekdays, atau 6 jam pada hujung minggu bergantung pada subjek. Bunyi agak berat, tapi keperluan diri untuk menuntut ilmu jangan dianggap beban.
1st Year| Cʜᴀᴏs ɪɴ Lᴀʙ
Kalau pagi sesi amali subjek Mikrobiologi, petang sesi lab Mikrobiologi. Pelajar bioteknologi akan berada di makmal mikrobiologi, biochemistry, natural product, molecular biology dan plant/cell tissue culture. Pelajar akan dipecahkan kepada 2 kelas jika kapasiti berlebihan.
SEE ALSO: Lab Diary
Kerja dijalankan dalam kumpulan yang dipilih lecturer atau self-pick. Lab assistant or leturer akan beri briefing dan 3 jam diperuntukkan untuk siapkan eksperimen sebelum pulang - bergantung pada jenis experiment. Teamwork, integrity, hardworking and critical thinking perlu ada. Then, 1 week due date untuk siapkan report.
Sejujurnya, awal-awal agak lost bila nak buat report. No proper guidelines and tips, dan ada lecturer tak bagi balik report. Agak rugi sebab markah report umpama markah percuma.
1st year| Exᴀᴍ ᴇxᴘᴇʀɪᴇɴᴄᴇ
Soalan peperiksaan adalah mengikut citarasa lecturer. Pada peringkat awal, Dr akan beri soalan MCQ dan short answer questions untuk menguji kefahaman asas. Rapatlah dengan senior, sebab senior lebih mengetahui.
Contohnya, kami ada Dr. P. Megikut bicara senior, Dr. P suka tanya soalan 50 soalan MCQ, yang mana ada soalan diambil dari Internet. Tup tup betul. Satu lagi Dr suka recycle soalan dari tahun lepas. Tup tup betul lagi.
Tapi soalan lecturer evolve through time. Masuk 3rd and 4th year, soalan lebih kepada critical thinking. Writting essay. Tapi, ada yang kena menghafal, lebih-lebih lagi nota slide yang bannnyakkkkk.
1st year| Exᴛʀᴀ ᴄʟᴀss
OH! Ada extra class. Language class every week night 2 hours per session. Time Ema, ada class Jepun, Chinese Language dan Bahasa Urdhu. Sekarang dah tambah Korean Language. Bayar RM 30 satu semester. Ema signed up for Japanese Language Basic 101. Sensei-Jannah, yang pernah tinggal di Jepun ajar kami. Tengok Anime setiap minggu before balik, karaoke Jepun, belajar menulis dan membaca. Ada merit.
Senarai subjek untuk 2nd year |
Pada tahun ke-2, it was still the same. Long days of lecture, hectic lab session dan lab report bertindan. Tapi bila lihat list of subjects, every subject is interesting.
Kita ada genetics. Cell and tissue culture, kalau interested dalam plant biotechnology dan cell engineering. Medical biotechnology agak mencabar sebab memerlukan kemahiran menghafal yang kuat. Subjek yang memerlukan penghafalan bukan kekuatan Ema. Alhamdulillah, days of hard work paid off in the mid semester exam.
Mentally, this subject tortured my brain the most among all Biotechnology courses soo far..Oh, wait... I take that back. Organic Chemistry I and II were my mortal nemesis.
Ema nak fokus pada subjek Bioinformatic. For first-timer, It's a whole new world, like Ariel out of water. Actually, Bioinformatic is like combining computer programming with Biology. Waktu tu, Ema tak nampak applikasi Bioinformatik dalam Biotechnology/Biology. Bila masuk Final Year Projek, baru faham kepentingan Bioinformatik.
Senarai subjek untuk 3rd year |
Tak nak celoteh panjang pasal perjalanan pada tahun ke-3. Cuma nak highlight bab "concentration courses" pada semester 2 , Internship dan Final Year Project.
3rd Year| Wʜᴀᴛ ɪs "ᴄᴏɴᴄᴇɴᴛʀᴀᴛɪᴏɴ"? Pɪᴄᴋ ᴏɴᴇ..
Pada semester ke-2, kami kena pilih concentration yang disediakan; Food, Environment dan Marine. Sadly, batch kami jadi batch terakhir untuk marine. So, tiada lagi marine concentration. Ramai terkial-kial, menggaru kepala, istikharah untuk pilih concentration. Apa pun pilihan ada, pesanan kami sentiasa, jangan pilih ikut kawan. Kelas akan dipecah mengikut concentration yang dipilih.
SEE ALSO: Field Trip Mencari Getah Transgenik
3rd Year| Pʀᴀᴄᴛɪᴄᴀʟ ᴀᴋᴀ ʟᴀᴛɪʜᴀɴ ɪɴᴅᴜsᴛʀɪ
Kami diberi senarai syarikat dan institut yang menerima pelajar UIA untuk LI. Tapi boleh sahaja kalau nak cari tempat lain. Elaun? UIA tak sediakan elaun, sesetengah tempat beri elaun.
Ada yang berkerja di Zoo, Institut penyelidikan MARDI, MPOB, institut penyelidikan universiti macam IBS, Universiti - UPM, UMT, UMS etc., ladang udang, kawasan penternakan lembu etc.
Lecturer datang melawat untuk menilai prestasi berdasarkan pembentangan pelajar. Tiada pressure, just nak check up. Tapi major marks comes from the LI supervisor. Sekarang KOS cuba ubah tarikh LI kepada tahun akhir selepas FYP, senang nak serap masuk kerja selepas graduate.
SEE ALSO: Internship
3rd year| Tʜᴇ Fɪɴᴀʟ Yᴇᴀʀ Pʀᴏᴊᴇᴄᴛ "ᴘʀᴏʟᴏɢᴜᴇ"
Pada semester ni, tajuk-tajuk untuk FYP akan diiklankan. Bila dah keluar nama lecturer (SV) dan tajuk yang dicadangkan, students kena pilih top 3 choices untuk FYP tittle. Bukan siapa cepat dia dapat, tapi berdasarkan mesyuarat komiti FYP, mereka yang akan menganalisis semua borang pelajar. Kalau round 1 tak dapat, round 2 kena pilih tajuk lain. Pada round 2, tajuk yang tidak bertuan akan di"auction" sekali lagi.
Jika 1st until 3rd year kami belajar perkara asas dalam Bioteknologi, pengetahuan umum, teori dan praktikal lab. Tahun ini, kami kena aplikasikan apa yang di ajar dalam kelas terakhir dan dalam kerja Final Year Project.
4th year| Semester 1| Cʟᴀss sᴇssɪᴏɴ
Class session pada tahun ke-3|semester 1 masih lagi berbeza mengikut concentration. Foodist banyak kelas amali dan lab session. Environmentalist banyak discussion, presentation, lab dan sampling luar.
4th year| Semester 1| Tʜᴇ Fɪɴᴀʟ Yᴇᴀʀ Pʀᴏᴊᴇᴄᴛ "ʙᴇɢɪɴ"
Aktivity utama FYP 1 ialah sediakan proposal dan proposal defense (presentation). Tajuk FYP disediakan oleh lecturer, tapi jangan salahkan lecturer kalau kita tak tahu pasal FYP. Bila dah pilih tajuk, kenalah study as if it was our own proposed project.
Ema ada rekod dan post catatan sepanjang menjalani Final Year Project in separate post >FYP Diary Post<
SEE ALSO: Final Year Project #1
4th year| Semester 2| Fɪɴᴀʟ ᴄʟᴀss sᴇssɪᴏɴ
Kami still ada kelas pada semester akhir, tapi rata-ratanya Dr 'wants us to give them back something'. The last stage of learning is to show what you have learnt and be an independent student.
Assignments, Quiz, Presentation, Seminar, Seminar, Assignment, Seminar, Presentation, Presentation, FIELD TRIP! Assignment. Itulah kerjanya.
Subjek penting sebagai penutup ialah commercialization of Biotechnology Product. Akhir pembelajar setelah tempoh 4 tahun ialah memahami selok-belok untuk memasarkan produk di pasaran. Like an entrepreneur. Presentation dan assignments pula bergolek kiri kanan sampaikan kami jadi serabut kepala sebab bertindan dengan tugasan FYP dan final Exam.
4th year| Semester 2| Tʜᴇ Fɪɴᴀʟ Yᴇᴀʀ Pʀᴏᴊᴇᴄᴛ "Wʀᴀᴘ ᴜᴘ"
Apa-apa pertanyaan, boleh komen di bawah or pakai contact email sebelah. Ema tak ada facebook/twitter/insta et. ✌
[Disclaimer]: Subjects and lecturers may change over time. These whole experiences were based on my own and may differ for other people. It may not be the same for other people especially with different COURSE taken in IIUMK!
Sister, this help me a lot. Next sem akan masuk tahun 2 semester 2, sejujurnya saya takut nak hadapi sem depan sebab byk core subjects, Ada apa2 tips yg sis boleh bagi?
ReplyDeletenext sem tahun 2 sem 2? ingatkan dah tahun 3 untuk bulan 9.
ReplyDeleteCuti sem ni rileks2 dulu. Sis biotek jugak ke?
Rajin bertanya lecturer, kalau malu tanya depan, boleh tanya lorong belakang (he3). Discuss dengan kawan, notes kalau boleh dapat dari senior awal2 lagi bagus.
Sis ada kenal pensyarah bioteknologi di UIA gombak. Yang masih prof madya, perempuan senang. Sy nak research utk postgrad study lepas ni
ReplyDelete@Balqish Wahab
ReplyDeleteSorry. saya tak kenal
hi sis,saya nk tnya apa peluang pekerjaan yg ada klu kita dh grad degree in biotech ni?
ReplyDelete