Langkawi Raya
Assalamualaikum
Salam Raya Aidilfitri
Waktu ambil Ema kat UIA kuantan, ayah ada tanya.
Nak pergi Langkawi tak tahun ni lepas raya?
Of course jawab YA.
Tahun ini Ema beraya di Perlis. Kalau tahun sebelumnya menginap di Homestay, tahun ni bermalam di rumah pak saudara lebih kurang 150m dari Homestay lama. Rumah baru renovate, selesa untuk kami singgah dan menginap.
Last time pergi Langkawi tahun 2012 dengan satu famili, sebelum abang kahwin. Tahun ni pergi berlapan, sebab abang beraya dengan kakak ipar di Dungun, sedang berpantang baby 12 hari. Berat lahir 2.13 kg. Kakak sorang lagi HO. Raya di rumah mak teh dekat dengan rumah di Terengganu.
2D 1N trip to Langkawi Island
Lokasi pertama: Haji Ismail Group
Sampai di Jeti Kuah, kami directly ke HiG untuk shopping! Ayah sewa kereta Alza untuk sumbat kami berlapan. RM150/day. Itu untuk peak day macam cuti raya, kalau tak RM50 sahaja pada hari biasa.
HiG complex, bersebelahan dengan HiG hotel. Dah maju rupanya HiG. Bila datang HiG, buat apa lagi, borong coklat, periuk, pinggan mangkuk, bag, home appliances and other kitchenware. Duty free and low prices. HiG Complex is a good place to stop by because all the facilities are here. Food Court pun ada di luar.
Corelle, Vintage, Luminarc..mak tambah koleksi. Anak-anak -, Daim, Kinder Bueno, M&M etc..tambah lemak perut. Bila keluar, troli penuh dengan plastik hijau. As conclusion, HiG complex is a good place to shopping and bad way to shop with a truck of family
Lokasi kedua: Panaroma Langkawi
Another best and common place to go with your family. Kalau first time datang Langkawi, kenalah pergi ke sini. Too many attractions. The basic reason to go here is to go high. A quote from a drama "If you want to go somewhere far, you need to go to higher place first".
Antara attractions di sini: SkyCab, SkyDome, SkyRex, SkyBridge, SkyGlide, Time travel, 3D Art Langkawi etc
Antara attractions di sini: SkyCab, SkyDome, SkyRex, SkyBridge, SkyGlide, Time travel, 3D Art Langkawi etc
Tapi.......walaupun keinginan hanya untuk naik SkyCab, harga tiket merangkumi harga Pakej. Tak ada harga untuk naik SkyCab sahaja. We take the basic package. RM 30/person (according to your age) including entrance for SkyCab, SkyDome, SkyRex and 3D Art Gallery. Different package and combo for different entrance attraction.
SkyCab. The world steepest cable car ride. Dulu dah pernah naik sampai ke puncak (Top Station). Tapi waktu tu SkyBridge was closed. So this time nak lalu SkyBridge. But.....nak lalu SkyBridge kena bayar lagi. RM 5 untuk berjalan kaki turun tangga bukit (nature walk). Kalau tak nak, RM 15 untuk naik SkyGlide ke platform SkyBridge. Pay pay and pay more. Bayar sahaja RM 5, hirup udara segar, phobia height, letih, semput..semua boleh rasa.
RM 15 SkyBridge + SkyGlide VS RM5 SkyBridge + Nature walk |
3D art gallery. Off shoes. Take as much as imaginative and wild pictures as you can. Banyak art display dengan tema yang berbeza untuk ambil gambar.
Sayangnya, kitorang datang Panorama Langkawi pukul 5.30 pm, banyak masa dihabiskan dengan bergambar dalam galeri 3D. Bila keluar, semua attraction dan kedai sudah tutup. Kami tak dapat masuk SkyDome dan SkyRex. What a bummer. Plan your vacation ok!
Lokasi ketiga: Idaman Suri
Kalau keluar HiG bawa plastik hijau, keluar Idaman Suri bawa plastik biru. Borong lagi kitchenware 2nd round. Katanya untuk famili abang, tapi orang lain berkenang juga beli pinggan, marble pot, pressure cooker, sudip, container, kuali. Antara HiG dan Idaman Suri, mana yang lagi murah?? Don't know. Yang pasti HiG lagi banyak pilihan.
In the end, kami tak explore banyak tempat di Langkawi. Sekadar jalan biasa dan sedikit rushing sana sini. Kata mak saudara, datang langkawi kena 3D 2N.
Penginapan: Langgura Baron Resort
+/- RM180 family Bedroom dengan 2 katil double.
Staff efisien walaupun resort full, room service laju. Dapat room view pantai. Kawasan parking luas dan disediakan. Tak perlu cari parking jauh-jauh. Basic appliances (kettle, mini fridge), pool, no Astro TV, no sejadah (kena minta) and no iron inside room. Attraction berhampiran selain Pantai Chenang ialah Underwater World Langkawi and Free Wifi 👍.
Baron Resort terletak di kawasan strategik tengah-tengah Chenang Town, pantai, banyak kedai kecil dan besar yang menjadi tarikan pelancong asing. Sayangnya harga barang mahal..Kata ayah RM1.50 untuk sebatang sate..
No comments:
Saya komen