Kenangan di UIA PJ #farewellCFSPJ



Assalamualaikum

Dah dapat iklan, 31 Dec 2017 is officially the last day UIA PJ beroperasi and open to public. UIA PJ menempatkan majoriti pelajar asasi UIA - selain Gambang dan Gombak. Ema sempat menetap kat sana selama 1 tahun. Walaupun kenangan tak  banyak disebabkan hectic schedule as 1 year programme student, I still has weird, fun, intersesting, exhausting, not much horrible experiences at CFSPJ.








Hashtag ni sebenarnya diguna pakai oleh IIUM.fm di twitter untuk commemorate CFS PJ. Banyak kenangan ex-CFS share, mostly not soo good - scary, naughty and adventurous moment. Since I got no beak to Tweet, I will share mine in this post.


Ema remember bila,

Ruang ampaian Mahallah KC kecik. Kalau sidai memang kena pakai penyangkut. Kalau baju orang lain dah kering, boleh tolak ketepi. Ada sekali depan mata Ema, baju Ema yang baru sidai, sis tu tolak ketepi. Dalam hati, jiwa membara 😠🔥.


First time duduk asrama dengan roomate baru. First night, litup dengan selimut dan sedia untuk tidur, pada pukul 9 pm. Roomate culture shocked 😎

First time stay library sampai solat Jumaat. Lampu malap sedikit, alunan ayat suci al-quran berkumandang through speaker. Ema menelaah textbook like a good student. Until ada sorang bro duduk tegak lama, dari jauh tengok Ema.Sorang lagi bro datang, dia pun mengadu "Budak ni tak nak balik.."..............."Sis! Library dah tutup ni"

Roomate selalu balik lambat tengah malam. 3 pagi baru masuk bilik. Sebab dia pergi layan drama Cina NTV7 pukul 2 pagi.


Mahallah Khadijah (KC)

Robbery depan bilik. Malam tu, sepakat dengan roomate halang pintu bilik dengan meja study. Laptop Ema letak bawah tilam. Projek yang bertahan hampir 1 minggu.

Bas GATE. Tak perlu risau pasal nak pergi terminal beli tiket bas. Setiap negeri ada persatuan anak-anak negeri yang sediakan bas. 



Tempat lepak sementara tunggu oranag keluar kelas.

SMAWP panas. Lepas tu Annex sejuk sampai tahap wujudnya ais. Salam dengan madam after class, terkejut madam sebab tangan Ema dah macam ais..

Roomate kena kejar and stalked by stranger dekat Jaya One

Nampak ada poster advertise "Running Man Malaysia" akan diadakan dekat Mahallah KC UIA. Dalam hati sangat confuse dan percaya, "Running Man datang UIA?". Waktu tu naif and blur pasal korea and variety show. (rupanya ada ceramah motivasi/agama)

Pernah sekali tiba-tiba ada sister terjah masuk bilik. Satu bilik terkesima..........................................."Ada technician kat luar" katanya

2 minggu sekali ajak roomate/classmate pergi MidValley, naik RapidKL atau Metro Bas  semata-mata nak dapatkan Milo

Kantin/Cafe/Bilik beli makanan Mahallah KC yang kecik. Nak masuk ibarat ke medan perang. Bila sorang keluar, sorang masuk. Macam tag team sebab berhimpit.

Bilik Ema ada tembok di tengah-tengah. Ruang tengah jadi sempit. One day, sementara roomate A tengah solat sebelah katil Ema,  roomate B datang sembang dekat katil Ema. Waktu A nak bangun dari sujud, punggung A terlanggar B, lalu kedua-dua terjatuh sembam,  A sujud balik. Solat batal sebab semua gelak.😆




Rasanya kalau nak cerita semua, memang susah. Banyak tempat menarik macam London Bridge, Ali Bistro, Kafe UK, Central Spine etc. CFS PJ meant a lot to me walaupun duduk 1 tahun. It also contribute a lot to this blog sebab blog post Ema pasal CFS IIUM PJ  is the most popular one 😁. Now, CFS IIUM PJ is closing, I'm expecting a dropped in pageview 😂




2 comments:

  1. Kenangan tempat belajar memang byk walau sesibuk & sekejab mana kite berada disitu...huhu

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.