Picnic di Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Assalamualaikum and Good morning
Ema planned picnic untuk celebrate January birthday. Originally nak buat dekat Bukit ekspo, UPM. Tapi bila google tempat menarik yang lain untuk picnic, terjumpalah satu breathtaking hidden place dekat Putrajaya.
Taman Saujana Hijau, Persint 11 Putrajaya.
Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya yang berkeluasan 47 hektar dikelilingi rimbunan pepohon subur dan pokok pain...pastinya mempesonakan seakan anda berada di salah sebuah taman di Eropah.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Saujana Hijau ni;
- Berkelah (Breakfast picnic, evening, birthday etc.)
- Berjogging
- Berbasikal
- Sukaneka
- Hari Keluarga
- Photoshoot (Wedding, Graduation, Raya etc.)
Tiada bayaran masuk. Entrance is free.
BREAKFAST + birthday PICNIC
Kawasan parking disediakan, cuma atas padang rumput yang luas. Kami sampai dalam pukul 8 pagi. Ruang parking masih kosong. Waktu kami nak panjat naik, orang berduyun-duyun turun untuk balik. Mungkin diorang start jogging selepas subuh.
Walaupun kami sekadar datang untuk picnic, kena juga panjat kawasan bukit untuk ke destinasi. Tak tahu hendak pilih picnic spot? Boleh rujuk peta.
Taman Saujana Hijau ada 3 Bustan (Persian for Agricultural garden) - English, European and Oriental. Since English Garden paling dekat, dekat situ sajalah kami bertapak untuk berkelah.
Gazebo di Oriental, English and European Garden. Map. |
First impression of Taman Saujana Hijau is the beautiful landscaping. Choices of tree planted, woods, flowers, umpama kita berada dekat luar negara. Dengan rumput karpet hijau yang tak ada lalang sebatang pun, boleh bergolek freely. Kawasan pun bersih, tak ada sampah sarap.
Menu picnic yang Ema sediakan - Makaroni bakar, atas permintaan birthday girl. Tak pernah Ema makan atau masak makaroni bakar. Selongkar blog Kak Azlita macam biasa, ada juga resepinya. Not that delicious, but I have tried my best.
Hari agak panas, angin pun tak ada. Panas kering.
Kitorang bertapak/berteduh/picnic di celah-celah pokok berhampiran English Garden. Actually, you can picnic ANYWHERE as long as you are not disturbing other people activities. Nak picnic dekat gazebo, atas rumput or even dekat lereng bukit, silakan.
In the end, Taman Saujana Hijau is a great place untuk beriadah. Kena datang lagi lepas ni. Diorang macam plan nak berjoging lepas ni, boleh bawa Ema. But I will do slow-walking and photography instead.
CLICK HERE: Taman Saujana Hijau Part 2
No comments:
Saya komen