5 langkah menuai benih bunga matahari / Harvesting sunflower seeds

September 17, 2020

 

Assalamualaikum
The cloud is weeping


Pada awal perlaksanaan PKP, Ema tanam variety "common" sunflower dan rekod growth diary day by day di sini. Kali ini, tanam variety "Black oil" pula. 

Biji benih yang dibeli dari China di Shopee. Alhamdulillah, peluang untuk benih cambah sangat tinggi bagi jenis ni compare to common sunflower. Setelah hampir 2 bulan, biji benih bunga sudah sedia untuk dituai 😃. 





Sebelum ni harvest..tapi biji benih kosong sebab tiada pollination. Harap-harap kali ini ada isi. Tapi, sayangnya biji benih dari variety "Black oil" tidak boleh dimakan. 

Inilah 5 cara untuk menuai biji benih bunga matahari 🌻




Langkah 1|  Kᴇʀɪɴɢᴋᴀɴ ʙᴜɴɢᴀ


Bunga matahari mengambil tempoh 1 bulan untuk kering. Ema biarkan bunga kering dan benih matang pada pokok.




Langkah 2| Pᴏᴛᴏɴɢ ʙᴜɴɢᴀ




Tanda-tanda benih sudah sedia untuk dituai;
✔ Kelopak bunga kering dan gugur
✔ Benih nampak gemuk dan mudah tertanggal
✔ Belakang base berwarna kuning atau coklat

Maka, bolehla Ema potong dalam 3-4 inci dari kepalanya.




Langkah 3| Kᴜᴛɪᴘ ʙɪᴊɪ ʙᴜɴɢᴀ

Penyediaan untuk harvesting



Oleh sebab cuaca sini panas, lembap dan kadang-kadang hujan. Ada mould growth pada benih. Tapi tak apa. Masih ok. Apapun, langkah seterusnya ialah dengan menanggalkan pollen bud di atas benih dengan menggosok.



Macam inilah rupanya setelah dibuang pollen bud





Masa untuk harvest! Untuk tanggalkan benih, gosok sahaja dengan tangan. Benih yang matang senang untuk ditanggalkan.





Langkah 4| Bᴀsᴜʜ ᴅᴀɴ ᴋᴇʀɪɴɢᴋᴀɴ ʙɪᴊɪ

    
Ada biji yang belum matang (T_T)


Ada biji benih, terutamanya dari bahagian tengah, belum matang lagi. Ema mungkin kena tunggu 1 minggu sepatutnya, baru boleh tuai. Tapi, tak apa. Masih ada banyak benih yang dah matang. Apa yang Ema buat, ialah asingkan satu persatu benih yang matang dan buang yang belum matang.






Selepas itu, Ema bilas dan keringkan atas tisu dan biarkan  semalaman.




Langkah 5| Sɪᴍᴘᴀɴ

Keesokkan harinya, Ema simpan biji benih ini dalam ziplock bag di tempat kering. "Black oil" sunflower seed tidak boleh dimakan. Jadi, penyimpaan hanyalah untuk penanaman seterusnya. Untuk makan, rebus sahaja dalam air garam sebelum bakar dalam oven.





Plan Ema sebenarnya nak masak dan makan biji benih ini. Bila confirmkan balik dari Supplier, memang benih ini inedibleVariety ini ditanam hanya sekadar untuk hiasan laman sahaja. Sedih. Hari tu harvest biji benih matahari kosong, hari ini  harvest yang tidak boleh dimakan😥. 
















6 comments:

  1. baru first time tgk mcm mna terjadinyaa ni.. thank you sharing..
    i am now kind obsess with sunflower hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. You welcome. Belajar dari YT 😊.
      Sekarang pun tgh tanam bnyk2 🌻 dekat rumah

      Delete
    2. waaaa mesti happy ja kan.. senang takkkk nak jga?

      Delete

Saya komen

Powered by Blogger.