Mini tart Kelapa | Hong Kong Style

October 05, 2020
 
Assalamualaikum






Ema peminat coconut dessert, walaupun jarang makan. Aiskrim kelapa, biskut raya kelapa, kek kelapa, kuih tradisional kelapa...air kelapa pun sedap dan menyegarkan walaupun banyak kali minum dan sakit perut waktu di UIA kuantan dahulu.

Plan asal nak masak kek pandan layer..kelapa. Tapi tukar menu. Buat tart kelapa - 9 inchi! Tapi bila fikirkan portion, orang rumah ni suka makan portion chibi small. Practical. So scrapped the idea at the last minute and make mini tart kelapa instead.


Resepi asal tart dan coconut filling dari Pastry Chef Mom dan El Mundo Eats











Tart (~80 biji)
  • 350 g Tepung gandum
  • 50 g Serbuk badam
  • 150 g Gula aising
  • secubit Garam
  • 70 g Telur


Coconut filling
  • 200 g kelapa kering
  • 16 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 130 g gula kastor
  • 120 g susu UHT
  • 2 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 60 g butter cair
  • secubit garam



Tart
  1. Gaulkan tepung gandum, serbuk badam dan garam sehingga sebati. Masukkan butter dan pukul dengan putar sehingga adunan menjadi umpama serbuk.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati membentuk doh.
  3. Balut doh dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sehingga sejuk

Coconut filling
  1. Campurkan kelapa kering, tepung gandum dan baking powder sehingga sebati.
  2. Di dalam bekas lain, campurkan sebati bahan-bahan selebihnya.
  3. Masukkan campuran kelapa kering ke dalamnya dan gaul sebati

Masak
  1. Ambil sedikit doh tart dan tekan dalam acuan mini tart. Cucukkan doh dengan garfu
  2. Isikan dengan filling kelapa.
  3. Bakar pada suhu 190 celsius selama 20 minit atau sehingga perang.








Untuk susu, Ema gantikan resepi susu UHT dengan susu santan. Nak rasa lemak kelapa. Ema tambah juga coconut filling dengan susu pekat manis sebab rasa tawar sedikit. Ok, nak siapkan draft review article due minggu ni.




7 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.