10 makanan yang boleh trigger childhood memories
First-time throwback Thursday! What better way to start than to reminisce our favourite foods and snacks that we love to chunk in when we were young.
Ini senarai makanan yang Ema gemar makan waktu kecil (with no chronological order). 90s babies, these are our joys to our tummy.
1. Cᴏᴋʟᴀᴛ ʙᴇɴᴛᴏ
Dahulu 4 biji/10sen. Sekarang 3 biji/10 sen. Reasonable, masih lagi dijual di kedai runcit dan pasaraya besar. Tapi still tak faham kenapa perisa susu (paket biru) selalu susah nak dapat.
2. Aɪsᴋʀɪᴍ ᴘᴏᴛᴏɴɢ
Paling murah yang pernah Ema beli ialah 20sen satu batang. Perisa favourite - durian dan kacang merah. Ema akan grab satu aiskrim potong (F&N) RM1.00 kalau Ema singgah kedai hardware tepi jalan selepas balik sekolah.
3. Cᴏᴋʟᴀᴛ ᴛᴀʀɪᴋ
Ini makanan yang popular di Terengganu suatu ketika dahulu. Dihasilkan dari gula dan disalut bijan. Teksturnya pula kenyal, elok untuk exercise otot mulut dan muka. RM1 dapat 3-4 batang yang bersaiz 1 inchi. Ema pernah tersalah order "Coklat getah", pak cik hanya pandang senyap.
4. Aɪsᴋʀɪᴍ ᴘᴏᴘs
Pastikan sejuk beku, potong tengah, simpan satu bahagian dan makan satu bahagian lagi.
5. Cᴏᴋʟᴀᴛ ʟᴏʙsᴛᴇʀ
6. Hᴀᴡ Fʟᴀᴋᴇs
Biskut duit syiling. My favourite snack sampai masuk Universiti, mengunyah satu paket sambil study. Sama ada makan satu coin, one by one, atau makan semua macam makan burger.
7. Kᴇᴋ Aᴘᴏʟʟᴏ
Kek Apollo ni tak pernah hilang ditelan zaman. Sebab kenapa masuk list Ema? sebab teringat iklan Apollo yang selalu dimainkan pukul 6 TV2 ...Power Ranger. Tengok Power Rangers setiap hari waktu kecil sampai konfius. Bila besar, baru tahu Power Ranger banyak versi.
8. Bɪsᴋᴜᴛ Iᴄᴇ Gᴇᴍs
Ema tak makan sangat biskut ni. Tapi teringat orang yang suka makan aising sahaja dan tinggalkan biskut dalam balang.
9. Cᴏᴋʟᴀᴛ 8/ ᴋᴀᴄᴀ ᴍᴀᴛᴀ
10. Sᴀɢᴏɴ ᴋᴇʟᴀᴘᴀ
Diperbuat daripada kelapa parut, tepung beras dengan gula. Makan sambil mendongak 45 darjah. Seksa nak makan kalau pembalut terkena air liur.
----
Ini hanya sebahagian makanan yang mengimbau kenangan lama. Terdapat banyak lagi makanan yang ada, even masih di makan sampai sekarang terutamanya jajan.
sedapnya semua ni..hehe
ReplyDeletebuat lapar jaaa
Deleteno 5! no 5 tu susah betul dapat.. tak semua kedai ada jual.. tapi klu jumpa mmg borang habis..then, habis pun cepat hmmm
ReplyDeletesedap kan~ gula2 dengan pembalut dia sekali 😁
Deleterindu pulak zaman kecik2 dulu
ReplyDeleteema, nanti emelkan nombor telefon ya untuk tujuan postage ;)
DeleteDone!
DeleteBetul tu haritu saya makan keropok Mimi tu pun dah mengimbau zmn lama
ReplyDeletebaru tahu Mimi tu ada sejak dulu lagi 😅
Deletecoklat tarik tu cik tk tak pernah jumpa! yang lain semua mengimbau kenangan
ReplyDeleteHanya di Terengganu~
Deleteseronok bila dapat kan...
ReplyDeleteMAkanan...... 🤤
Delete