4 info pada label produk susu probiotik yang perlu dibaca
Assalamualaikum
" 'Lb'? Apa tu 'Lb'? Lebih berkhasiat kot...",
sempat adik Ema berceloteh sebelum meneguk habis sebotol kecil susu vitagen.
Apa maksud 'Lb' pada label susu yang mengandungi probiotik?
Kalau nak beli susu probiotik, boleh pilih mana-mana produk saja yang berlabel "probiotik"?
Di Malaysia produk mengandungi probiotik dikawal di bawah Akta Makanan 1983 pindaan 2014 (Peraturan 26A).
Hanya produk yang memenuhi kriteria KKM sahaja yang boleh memaparkan label "Probiotik" atau "Kultur Probiotik" pada makanan mereka.
Jika anda berminat untuk membeli dan mencuba produk probiotik dalam makanan seperti minuman susu, cuba baca label-label penting seperti di bawah;
Source: Nutrition Society of Malaysia |
1. Live probiotic culture
Dinyatakan "mengandungi kultur probiotik hidup"
2. Jenis genus, species dan strain probiotik
Umpamanya, seseorang cuba menjual kereta Proton Saga, tetapi tidak menyatakan model. Adakah anda akan beli? Tidak, kerana setiap model berlainan spesifikasi. Begitu juga strain.
Sebagaimana Ema jelaskan sebelum ini, strain itu penting kerana strain berbeza memberi kesan yang berbeza.
Apa itu "Lb" pada botol Vitagen? Itu ialah singkatan nama Lactobacillus.
Dinyatakan Genus, species DAN strain bakteria yang digunakan
3. Kuantiti probiotik
Probiotik perlu mengandungi minima 10⁶ cfu/ml (dalam tempoh penyimpanan), bersamaan dengan 10 Juta unit cell. CFU/ml adalah unit kiraan bagi mikroorganisma.
Kebanyakkan produk probiotik mengandungi 1 hingga 50 Billion unit cell.
Namun begitu, ini hanyalah kadar minimum yang ditetapkan oleh KKM. Untuk mendapatkan manfaat pengambilan probiotik, ia bergantung kepada hasil kajian.
Sebagai contoh, menurut laporan kajian pada 2019 , pengambilan Lactobacillus casei Shirota pada kuantiti 10 billion (1000 x 10⁶) unit, dapat mengurangkan simptom sembelit. Satu bokol Yakult mengandungi ~30 billion unit cell bakteria.
Mengandungi minima 10 juta CFU/ml
4. Cara penyimpanan
Simpan makanan dan minuman probiotik mengikur manufacturer instruction. Ini untuk menjamin kualiti dan keselamatan produk.
Trivia: Yakult banyak dijual dalam botol bersaiz kecil, bertujuan untuk diminum sekali teguk instead of buka dan simpan balik (meningkatkan risiko pencemaran oleh bakteria lain)
Produk
Ini contoh label produk susu kultur yang memenuhi syarat KKM.
Ini salah satu produk yogurt yang menyenaraikan "Probiotic Live culture" sebagai bahan..tapi..
Untuk menyemak supplemen probiotik yang berdaftar di bawah KKM, boleh 👉KLIK SINI.
BONUS: Health claim
Strategi pemasaran syarikat untuk mempromosikan produk mereka kadang-kadang diluar kawalan. Berikut adalah contoh probiotik health claim yang dibenarkan dan tidak benarkan;
✅"Membantu meningkatkan fungsi usus" - umum
❎"Mengurangkan masalah cirit-birit" - terlalu spesifik, melainkan terdapat bukti kajian yang menyokong kenyataan ini.
Jadi, janganlah mudah percaya dengan kenyataan overclaim health benefits - "mampu merawat, mencegah dan menghalang penyakit kencing manis, sakit jantung etc.."
TAKEAWAY
Baca label pada produk probiotik dan semak supplemen yang berdaftar dalam laman KKM.
If not, you are just wasting your money for something that might not be effective.
p/s: Sis nampak satu famous brand nak promote product probiotic diorang online, (1) Label not complete (2) salah eja bacterial pathogen - Flinch sekejap ╰(‵□′)╯.
banyak betul khasiat dia kan, how i wish i can drink milk huhuh
ReplyDeleteI can smell lactose intolerance-
DeleteThank you. Info yang berguna :D
ReplyDeleteYou welcome 🙂
Deletethanks for the sharing
ReplyDeleteYou welcome 🙂
Delete