Baking Chocolate Chip Muffin. Approved!

April 21, 2020

Assalamualaikum


Ada sesiapa disini pengikut Facebook page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? Ema tahu selepas baca Harian Metro. Nak follow pun tak ada FB account. Nampak banyak hasil ciptaan di luar dugaan. Agaknya apa yang diorang buat sampai meletup, cair makanan...








I think the worst case scenario Ema pernah fail, puding buih tembikai jadi lembut hancus, kek jadi bantat or chocolate chip cookies spread bila bakar. Alhamdulilah, setakat ni dapur tak pernah hancus. Experience is the best teacher, bukan untuk tukang masak, untuk yang tengok masak sekali pun. 


Maybe FB admin boleh minta nasihat pakar makanan untuk listkan faktor-faktor kegagalan makanan, tak adalah orang boleh repeat kesalahan. Tapi kalau dah salah guna tepung ayam goreng mix dengan tepung gandum...tu masalah dalaman.


What Not To Do When Baking Chocolate Chip Cookies - Cookie Fails


Last time Ema nak buat Kek Chocolate yang complicate dari Kak Azlita.....tak sempat siapkan semua component, sis putus di tengah jalan. Terus tak buat kek dah. Just stick to other dessert macam puff pastry or kuih raya. 



Ema pernah pesan dekat adik,  kalau baru nak start baking jangan jadi ambitious. Baking perlukan precision dan technique. Contradict dengan gaya masakan melayu yang kita boleh campak dan percayakan gerak hati. Baking - terlebih tepung boleh keras makanan, kalau buka oven tengah2 masak boleh jatuh flat adunan, terlebih kaup balik adunan boleh mampat kek .. tak usah dicerita nak masuk bab deko deko.....Akhirnya, siapa jugak yang kena habiskan hasil ciptaan tu, si tukang masak jugak. 


Quote lecturer Ema dulu;

Buat kerja lab, macam masuk dapur. Kalau pandai masak, jadi ja experiment tu.

He did not lie tho..but the female lecturer besides him beg to differ.......hahahaha


-----------------------


Subjek baking hari ini ialah, Chocolate Chip Muffin. Cut the chase, ni resepinya. Ema translate kepada Bahasa Melayu;

Serving size: 50 muffin paper cups



2 biji telur
1 cawan susu rendah lemak
2 tsp Vanilla esktrak
1 3/4 cawan tepung gandum
2/3 cawan serbuk koko
1 1/4 cawan gula perang
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/2 tsp garam
1 cawan chocolate chip semi-sweet
1/2 cawan mentega tanpa garam








1. Panaskan oven pada suhu 220c.
2. Pukul telur, susu dan vanilla esktrak hingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung, serbuk koko, gula perang, baking powder, baking soda dan garam. Pastikan gula perang tidak berketul.
4. Campurkan 3/4 cawan chocolate chip, campuran telur-susu dan mentega cair ke dalam adunan kering. Kaup balik menggunakan spatula.
5. Isikan adunan ke dalam acuan muffin pada paras 3/4. Taburkan lebihan coklat chip ke atas muffin. Letakkan di dalam oven dan masak selamat 8 min/ 200c dan seterusnya turunkan suhu kepada 12 min/180c atau sehingga masak (uji dengan lidi - toothpick test).
6. Sejukkan di atas rak sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara..atau makan terus.



Lighting...UGHH.. kena belajar Food Photography ni..SOB3.. Nampak macam truffle dah


Jangan isi penuh acuan dalam muffin, nanti jadi blob. Boleh submit entry post kat FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ni.. kekekeke. Ingat nak masuk menu ni untuk rumah terbuka tahun ni....tapi tak ada rezeki buat rumah terbuka. 


p/s: Sis bangun pagi buta, nightmare..then tidur balik, nightmare tu sambung jadi sweet dream.. Apakah tu? Nanti Ema masuk entry post Master Journey. 


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.