12 April 2017

Final Year Project #11 Menulis tesis bukan menulis buku



Assalamualaikum




Kalau ikutkan planning FYP, kerja-kerja lab perlu siap hujung bulan Mac. Bakteria asyik tercemar, eksperimen tak menjadi, ulang, ulang dan ulang..... 


Sekarang, ramai tanya. Dah habis lab work ke..? Perasan atau tidak (batchmateku), Ema tak pernah mengangguk, menjawab YA dan jawapan seangkatannya. Walaupun waktu tu Ema tengah sibuk, kehulu-hilir bersih lab bench. Sebab SV belum bagi "green light"..Adalah tersebar kata Ema dah siap dikala orang ramai masih swipe access card lab. Sensitif kot (rasanya) dengar orang siap awal ni  



But, now...


Alhamdulillah. Habis ikut jadual. Perasaan bercampur baur. Gembira sebab kerja lab dah habis dan boleh terus ke fasa seterusnya. Sedih sebab sentimental. Tengok lab coat yang bawa balik rumah, chlorox 1 hari, bawak balik semula UIA. Tup tup Dr kata tak perlu buat lab work dah. Tak payah nak tambah method lagi. Lab coat jernih putih tergantung dalam locker..."Bila lagi nak pakai lab coat ni..."

Ema menulis tesis umpama berada dalam penjara. 5 hari mereput dalam bilik really ignite my social needs..
Ramai juga tanya.."Dah start buat tesis ke?..."







My thesis planning is, bukan siap lab work baru buat tesis. I think that is a bad planning for anyone. Introduction, literature review, materials and methods..semua dibuat dalam tempoh working in lab. Termasuklah bahagian kecil, references, appendix, approval page etc. (you know what I mean...). Simpan otak untuk menulis bab results and discussions. Sementara otak kanan berkaraoke sebab Wifi UIA laju, otak kiri lenguh membaca artikel. 






Hari ni Ema meneroka "dunia luar". Sebab ada appointment gigi, first day RCT dengan dentist UIA..Tak ada planning nak singgah thesis room pun. But sometime you need to push yourself (fighting laziness). Allah bantu orang yang bantu diri sendiri. Waktu tengah tunggu bas sambil main fruit ninja dengan fikir arah tuju  seterusnya (Bilik or Thesis room), Kak Syada (PhD student) berhenti di bus stop

"Nak pergi mana?"

".................."

"KOS (kuliah sains)"


*******

Waktu tengah lepak di bilik classmate, Ema belek-belek satu thesis atas meja dia.

"Spacing (tesis) ni 1.5...Spacing kita kena doucle-spacing kan..."

"A'ah..Ikut je template format yang Dr bagi.."

"Alapadan sudoh....*tepuk dahi*"


Baru tahu ada template sebab tahun sebelum ni dia tak bagi template...Gigih sister ni menaip satu-satu. Cut & paste jer sepatutnya. 2 kali kerja....sip tea. 

Full thesis template by IIUM FYP coordinator.....salute


And after round of visits, I'm more confident in writting my thesis with few twisted results i got. It's quality not quantity. May Allah ease us all




p/s: Ema selalu imagine. Kalau dapat menulis buku akademik umpama satu nikmat. But my writting is bad......


No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...