Bersiar-siar di Taman Botani Putrajaya

July 14, 2020

Assalamualaikum


Taman Botani Putrajaya
Opening time (service)
                Saturday-Thursday: 9am - 12pm, 2 - 5pm
                Friday: 9am - 11pm, 3 -5 pm
                Tuesday: CLOSE

Park entrance fee: FREE

Service

MyKad Rates

Tram/Buggy Ride

RM 5.00 | Adult

RM 4.00 | Children/student

Bicycle rental (weekdays)

RM 8.00/hour | single seater

RM 9.00/hour | single with baby carrier

Bicycle rental (weekend)

RM 10.00/hour | single seater

RM12.00/hour | single with baby carrier



---





Tempoh baki sebulan di Selangor, Ema habiskan dengan berjalan-jalan di Taman Botani Putrajaya. Sepatutnya pergi minggu lepas, tapi perlu bertimbang rasa dengan kawan-kawan lain yang nak ke Skecher, KLCC sempena promosi Buy 1 Free 1, terpaksa batal plan ke taman botani. At least, dapat ke KINOKUNIYA 😊..


Tapi, Ema nak juga pergi jalan-jalan di taman. My introvert instinct suruh pergi sorang-sorang. Tapi, demi keselamatan diri, Ema tarik the one and only soulmate, Kak Shy (lagipun, dia sahaja yang tinggal di Selangor, yang lain dah balik ke kampung masing-masing). 


Untuk mengelakkan terkena panas terik matahari, kitorang sudah tersedia di Taman Botani pukul 7.30 am. 


Parking tiada masalah, banyak petak kosong.

Rata-rata yang datang awal ialah golongan yang nak berbasikal dan berjogging. Ema dan Kak Shy golongan yang santai berdating.. sekali nampak photozone area, terus snap gambar.













Di Taman botani ada  gazebo dan kerusi meja taman untuk makan santai. Restoran pun ada, tapi tidak beroperasi waktu ni. 











Langkah awal masuk ke Taman botani disambut dengan kawasan Morrocon Pavillion. Tapi, kemasukan ke dalam bangunan ditutup, kami sekadar berlegar-legar di luar sambil menghayati infrastruktur seni bina dan ukiran dinding.





Jauh di hadapan, kami singgah di replika rumah Johor. Rumah ini dibina dalam masa 2 minggu.









My steps were lead by Kak Shy, climbing stairs and bouncing down the hill to explore Taman Botani. She is physically active in sport more than me. I  was notoriously known with sedentary lifestyle during my degree year among my classmates. 




I would probably lose my senses around Taman Botani without a map, but I never felt lacklustre, instead,  I like the thrill. 
 




Waktu nak pulang, sekitar pukul 9.30 pagi, baru nampak kelibat orang awam sedang berpiknik dan bersukan. 


Lepas tengok balik peta Taman Botani, ada beberapa kawasan kami terlepas lalu macam laluan orkid, Vine garden, Fern garden etc. 




Terowong bunga kertas pun sudah tidak kelihatan melitupi rangka besi. Buaian yang tersedia pula sudah putus. 


Welp, this is probably my last trip di Taman Botani sebelum Ema kemaskan barang balik kampung setelah 2 tahun setengah bermastautin di sini. 


2 comments:

  1. taman ni dekat dengan rumah tapi tak penah sampai pun hehe..
    nak kena p jenguk2 jugala..

    ReplyDelete
  2. @Siti Yang Menaip
    Banyak taman dekat Putrajaya.
    Rasa nak melawat n explore kawasan Putrajaya.
    Tapi Covid19. Jadi terbatas sedikit pergerakan

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.