IIUM balik kampung
Assalamualaikum
Hujan tak berhenti sejak 2-3 hari lepas. Bertambah lagi risau kitorang batch 131 UIA sebab dah plan 3 bulan nak masuk kampung as a part of program under kursus leadership and management. Angin kencang menumbangkan pokok depan library UIA, tasik UIA pun dah 'melebihi paras bahaya'...tenggelam macam tahun lepas.
Berbalik pada program yang dirancang. Pagi sabtu hari tu hujan renyai turun pagi subuh. Duk fikirlah camna nak jalankan aktiviti kat kampung nanti...
Batch 131 IIUM kuantan yang ambil kurusus leadership ni mengadakan program yang dinamakan "IIUM balik kampung". Kampung mana kitorang masuk??
Kampung Pantai Berserah.. Antara aktiviti yang dijalankan seperi health check-up, arts exhibition, program motivasi, free car wash,gotong-royong telematch and Rewang.
Alhamdulillah! satu hari tu huJan tak turun dari pagi sampai malam. Panas terik lagi. ^_^. Berkat doa korang semua akhirnya dapat jugaklah kitorang menjalankan aktiviti masing-masing ikut section(kelas). Next day lepas tu hujan + angin kencang balik
Adakah ini dinamakan jodoh?? Ha3. Kelas Ema in charge of Arts Exhibiton. Aktiviti yang dijalankan seperti origami, face painting, hand painting and drawing. Awal tu susah nak tarik budak-budak sebab semuanya sibuk main telematch T.T. Diorang pulak pergi duduk kat pantai... 1 jam selepasnya satu demi satu datang..Lama-lama booth kitorang melimpah dengan kanak-kanak. Alhamdulillah..
Rindu nak balik kampung bila duduk kat Beserah nie.. Ada feel kampung yang lebih. Satu benda yan dibawa balik ialah rasa syukur..
Berbeza dengan kampung Ema mungkin lebih baik dari sini, lagilah membuat kita bersyukur sebab dikurniakan oleh Allah kemudahan yang baik walaupun tak lengkap but still mampu memenuhi keperluan harian.
Ada masa kita complaint makanan kat luar tak cukup, tak sedap, tak banyak pilihan compare dekat rumah. Lebih-lebih lagi mahal pulak tu. Lama-lama kita fikir jugak yang sebenarnya Allah dah berikan rezeki yang sebaik-baiknya untuk kita kat rumah.
Dulu kat rumah tak pernah makan sayur (walaupun ada lauk sayur), duk kat luar, lauk sayur yang awalnya tak nak ambil, terpaksa ambik, lama-lama jadi tabiat. Lagi bagus bila tabiat ini dibawa ke rumah. Dan jangan bazir!..
Orang yang hidup senang, bila hidup dalam environment lain dari kebiasaanya akan terasa nikmat yang Allah berikan selama ini dekat dia. Dulu tak pernah mengerti, sekarang baru bersyukur. Analogi cell tissue culture ( culture cell badan dalam petri dish yang tak cukup nutrient..hik3)
Bukan ke sekarang kita patut bersyukur sebab Allah bagi korang peluang untuk hirup Oksigen dan lepaskan Karbon Dioksida bila baca entry nie. kalau tak..inalillah..
Tanamlah sifat qanaah dalam diri. Terima sahajalah rezeki yang diberi Allah dan jangan merungut nak lebih. Silap haribulan, kecik hati orang lain yang mungkin rezekinya lain daripada yang kita terima.
p/s: My dear lovely classmates
p p/s: Yang pakai sunglassess tu bukan Ema! he3
Majoriti Universiti dalam tempoh Study Week sekarang kan. Sambil korang terjah markah carry marks on9 or kat bilik lecturer. Harap jadi pembakar semangat untuk do better in final exam. Doakan Ema berjaya untuk final Exam nanti and...dapat balik rumah jumpa Ammarku sayang!!~~~~~
Nice blog sis. Done rayau2 and follow. Nk tulis dekat shoutbox tpy sye tak tahu nak tulis dekat mana. Hope to follow me back. Nice blog sis!
ReplyDelete