Terkandas

September 02, 2015

Assalamualaikum


Terkandas is equal to Test JPJ..




SO, my definition of terkandas is..  Terkandas JPJ juga..

Alkisahnya..

*******

Hari ini Ema test JPJ. In my mindset, Ema nak lulus hari ini juga. Inshaallah. Sebab sabtu ni dah nak masuk UIA.

8.20 am

On the way to institut. Ramai jugak. Dalam 100 orang  calon. Dan ada 3 sesi. Ema ambil auto. Auto ada 30 calon, banyak juga compare to hari biasa. Dan giliran Ema? 
Sesi 3 no. 30....Which make me the last candidate..

10.** am

Bergerak menuju ke pondok RSM (rutin sebelum memandu) and RPK (rutin pemeriksaan kenderaan)
Let me tell you something. Disebabkan ramai sangat calon, dan ada 1 buah kereta auto sahaja, Ada 3 orang calon inspect kereta dalam satu masa. Since Ema is the last person, Ema kena buat ala kadar jer. Sisi kiri kereta tak check. Waktu RPM, Ema buat semua benda tapi sayangnya, ada 2 tick gagal buat eventhough dah buat... 

Lesson 1: Bila nak buat RSM, kena sebut kuat2 semua elemen biar JPJ tu dengar.

Tak kisahla nak tekan hon ke atau tekan minyak sebab ada kawan akak ni dia hon tapi JPJ entah macam mana tak perasan.

3.15 p.m

Yes people. Ema menunggu hampir 5 jam untuk test jalan. And yes. Skip litar  after buat RPK and RSM sebab calon ramai sangat.

Sebelum jalan, Ema buat RSM separuh sahaja..

Ema     : ni tolok bahan bakar...ni tolok...
*paling ke JPJ..JPJ tu macam tak nak layan jer...*
Ema     : Nak saya buat RSM tak ni (Since RSM wajib buat)
JPJ      : Tak payah. awak dah buat tadi kan..

So Ema dapat markah free..alhamdulillah

bila stat kereta, wajib signal kanan untuk memulakan perjalanan. Tak sampai 10 meter ada simpang jalan with sign BERHENTI. before keluar institut. Ema buatlah apa yang Ema selalu buat waktu practice..Tekan brek kaki dan berhenti sebelum memulakan perjalanan balik..

JPJ    : Sampai simpang berhenti awak kena buat apa?
Ema   : Berhenti...sebelum garisan..
JPJ    : Lagi?
Ema   : berhenti ...

itu je yang Ema mampu cakap sebab itu sahaja yang Ema buat waktu practice.

JPJ : Awak bila sampai berhenti, awak kena free gear. tarik handbrake...


Ema waktu tu dah tahu Ema dah buat kesilapan. Ema terkandas kat situ??

Nope. JPJ tu kata Ema hilang 2 markah. Kena "ceramah" dan sesi "berbual". Cikgu kata, Ema calon yang paling last hanya Ema sahaja yang buat mistake  tu..Ema pun terfikir, kenapa cikgu tak pernah tegur pun bila Ema tak tukar gear kat perimpangan...... 

Sambung balik jalan keluar institut.

And perjalanan seperti biasa. masuk keluar susur. U turn. Sampailah Ema masuk keluar susur yang ke-2

JPJ  : Awak bila dah keluar susur kena buat apa?
Ema :....*berfikir sejenak*
         Kena bagi signal (ke?)
JPJ   : Dah kenapa tak buat...

Kenapa Ema tak buat??kenapa?? senang je jawapan Ema.
Sebab Ema buat macam tu waktu practice dan cikgu tak pernah tegur/marah suruh bagi signal kanan keluar susur  bila kereta tak ada.

So bila tak ditegur, tentulah Ema buat macam tu semuanya. JPJ tu bilang. 3 kali susur keluar 3 kali tak bagi signal...
Jawabnya terkandaslah...

Dengan rasa down bila tengok borang...oh yerr.. Cakap pasal borang.  Kita kena buat QTI kan aka pra-ujian. JPJ tu suruh tengok borang QTI. check kat mana awak silap waktu buat QTI untuk compare....... Mari sini Ema bagitau. 
Ema tak pernah tahu pun berapa markah QTI ema. Dan bila QTI ema dibuat sebenarnya.. Ema rasa semua yang baca ni faham apa yang terjadi kepada QTI Ema....

Lesson 2: elok la kalau calon test JPJ ni pergi tanya mereka yang terkandas. Supaya tak ulang kesilapan yang sama

Proceed tu Litar

4.00p p.m.

Ema orang terakhir pada hari tu untuk  buat Litar.  Dengan rasa down dan terus gagahkan hati (cewah), Ema buat jugak.. 

Ema listkan FAIL (kesalahan yang dilakukan calon pada hari Ema test based on observation and grapevine)

Selekoh S
Masuk jer. Belok2 la macam ular sawa.. Alhamdulillah. Berjaya. 

Majoriti ( semua lepas )

Selekoh z
Selekoh maut pelajar. Ramai terkandas sebab langgar divider. Ema pun first time belajar naik atas divider bucu kiri bila belok kiri keluar selekoh z. Ema pun redah jugak dengan hati yang tawakkal....Alhamdulillah lepas..

FAIL : yang tak lepas sebab bergesel, langgar dan naik bucu kiri bila keluar selekoh

Bukit
Naik bukit. Auto tak ada masalah rasanya. Manual yang ramai terkandas. 

FAIL  : Tayar 50% tak masuk dan lebih 2 kali gagal.

Parking Sisi
Parking sisi dengan kereta Axia yang besar gedebak dari kancil. Ema mengharapkn bumper tak lebih line. Masuk jer, tak kisah dah kereta belok atau tak asalkan masuk kotak.Alhamdulillah. 

FAIL :  sebab langgar line bila keluar parking. tayar/bumper belakang atas line

Parking Penjuru
Ema buat jer macam zombi. Lepas Reverse, Ema tukar gear D terus sebab takut terlupa nak Reverse bila dah pusing stereng untuk keluar. Waktu belajar, Ema terlupa tukar dan akhirnya dia kebelakang. So, terlebihla 3 olah pergerakan.

FAIL: lebih 3 olah gerak dan langgar line bila reverse atau keluar.

Ramp (Auto sahaja)
Ya Allah. Dah masuk Ramp. alang2 dah sampai bahagian akhir, keyakinan tu datang balik.. Ema harap sangat kereta tak langgar tiang. Cuma terlajak lebih tekan minyak bila Reverse naik ramp balik. sempat berhenti laju2. So. selamat....

******
So, Ema inshaallah repeat balik. 30hb dalam kepala. Tambah 2 jam..dan bayar extra RM96.00..Nak tahu apa lagi rugi? Ema belajar kereta 6 jam sahaja daripada 10 jam sepatutnya (roughly calculated).Ema pakai cikgu luar.....I'm hoping to get different teacher........

On the sunny side, mungkin inilah hikmah untuk Ema lebih rasa yakin bawa kereta atas jalan raya. 2 jam belajar nanti solely fokus atas jalan. Cuma Ema harap sangat cikgu manfaatkan masa mengajar dan belajar tu bersama-sama...

Lupakan pasal JPJ. Ema nak fokus pasal kelas next week~~~~~tak sabar balik UIA.

p/s : Tadi ada calon foreigner cikgu  bahasa arab di IMTIAZ. 6 months baru mengajar di Malaysia. komunikasi tak berapa bagus. Since item  semua in BM. Lagi teruk, dia dah habis buat litar, kena panggil dengan JPJ dan katanya dia sebenarnya dah terkandas di side parking. 


2 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.