Simple Panna Cotta dengan Strawberry Coulis

July 24, 2021
 
Assalamualaikum





Panna cotta maksudnya "cooked cream" in Italian. Cara sediakan Panna cotta semudah nama diberi. Just, masak whipping cream bersama dengan gelatin dan campuran gula. Beza dengan puding karamel, Panna cotta tak perlu telur.

Resepi yang Ema cuba bukan pure Panna Cotta😆, sebab ada susu. Tapi, rasanya sedap so Ema share di sini. Resepi ini diubah dari  Preppy Kitchen








Anggaran: 13-14 acuan


PANNA COTTA

400 mL susu penuh krim
100 g gula kastor
8 g serbuk gelatin
200 mL whipping cream
1 sudu besar esen vanilla


STRAWBERRY COULIS (SAUCE)

200 g strawberry 
20 g gula kastor
2 sb air







Panna Cotta
1. Campurkan gelatin bersama dengan 30 mL air. Biarkan kembang selama 10-15 minit.
2. Panaskan susu bersama dengan gula. Kacau sehingga gula cair. 
3. Masukkan gelatin, kacau sehingga adunan mula mendidih. Tutup api.
4. Campurkan adunan susu dengan whipping cream dan esen vanila.
5. Tuangkan ke dalam acuan kecil. 
6. Biarkan adunan mengeras dalam peti sejuk selama 3-5 jam.


Strawberry Coulis
1. Campurkan strawberi, gula dengan air. Masak di atas api sederhana.
2. Kacau sehingga adunan mendidih.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dituangkan ke atas panna cotta.

*Boleh blend selepas masak untuk dapatkan lebih banyak sos. Kemudian, masukkan fresh strawberry untuk dapat warna...dan aesthatic.



🍓--🍓--🍓--🍓--🍓--🍓








Panna cotta asli menggunakan 100% whipping cream (no milk). I don't have enough whipping cream, so I used this recipe.




Tekstur dia lembut, macam dadih. Kalau all whipping cream, tesktur dia lagi dense. Rasa strawbery masam manis, well balance dengan susu. 





Sementara tunggu art supply sampai, Ema bake seketika. Ema pilih cold dessert sebab Terengganu ni panas petang-petang. Nak buat kek, tapi tak sesuai. 



8 comments:

  1. serbuk gelatin tu macam serbuk agar2 ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sama

      Serbuk gelatin - Berasal dari haiwan. Perlu larutkan dalam adunan yang panas.
      Serbuk agar - Berasal dari tumbuhan. Dicampurkan dalam adunan, masak sehingga didih.

      Delete
  2. panas-panas ni sedap minumkan, done follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panna Cotta is a cold Italian dessert pudding.

      Delete

Saya komen

Powered by Blogger.