Semak Giliran Haji Secara Online

July 30, 2017


Assalamualaikum


Musim haji hampir tiba. Hampir 1 bulan lagi kita akan sambut Hari Raya Haji. Kumpulan pertama dari Malaysia ke Madinah dah sampai. Kita yang asyik duk baca kisah orang pergi Haji, kita ni agak-agaknya bila boleh pergi Haji? Daftar ke belum Haji?


Tempoh menunggu haji paling lama ialah 89 tahun. Itupun kita bertuah sebab Raja Salman bersetuju untuk naikkan kuota jemaah haji Malaysia, hasil daripada perbincangan baginda sewaktu menziarah Malaysia 2 bulan lepas. 


Oleh sebab Portal tabung haji baru diubah suai, Ema akan berikan update terbaru cara untuk semak giliran haji dan juga baki akaun tabung haji.





CARA SEMAK GILIRAN HAJI



1.  Login di Portal Tabung Haji Online Bagi pengguna baru, sila "DAFTAR" dahulu. Pastikan anda mempunyai nombor akaun tabung haji 15 digit (tertera dalam buku tabung haji).









2. Setelah selesai login, klik pada "Perkhidmatan Haji" > "Semak Tawaran Haji".








3.  Paparan seperti di bawah akan keluar. Klik pada "Semak Status".






4. SIAP. Lihat pada "Tahun Peruntukan".








CARA SEMAK AKAUN TABUNG HAJI ONLINE

1.  Login di Portal Tabung Haji Online Bagi pengguna baru, sila "DAFTAR" dahulu. Pastikan anda mempunyai nombor akaun tabung haji 15 digit (tertera dalam buku tabung haji).








2. Klik pada "Ringkasan Akaun". Baki akaun Tabung Haji anda akan keluar pada ruangan di bawah.














*********

Kalau ikutkan pada sistem giliran ni, Ema umur 90 tahun ⁽ʰᵃʰᵃʰᵃ⁾, baru boleh menunaikan haji. Tapi itu tahun maksimum, anything can happen. Bila Allah jemput lagi awal, Alhamdulillah. 




FAKTA

 Kos Haji ialah RM 19, 550  ( RM 9, 950 bayaran haji + RM 9, 570 subsidi)
 Kuota haji meningkat kepada  30,200 berbanding 27,900 orang (<2016)
 Antara syarat utama pendaftaran haji ialah mempunyai minimum baki akaun RM 1, 300






2 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.