30 July 2017

Semak Giliran Haji Secara Online



Assalamualaikum


Musim haji hampir tiba. Hampir 1 bulan lagi kita akan sambut Hari Raya Haji. Kumpulan pertama dari Malaysia ke Madinah dah sampai. Kita yang asyik duk baca kisah orang pergi Haji, kita ni agak-agaknya bila boleh pergi Haji? Daftar ke belum Haji?


Tempoh menunggu haji paling lama ialah 89 tahun. Itupun kita bertuah sebab Raja Salman bersetuju untuk naikkan kuota jemaah haji Malaysia, hasil daripada perbincangan baginda sewaktu menziarah Malaysia 2 bulan lepas. 


Jika anda memiliki akaun tabung haji, dan sudah daftar haji dan lupa giliran, anda bolehla menyemak giliran anda (status pendaftaran haji) di Portal Rasmi Online Tabung Haji.




CARA SEMAK GILIRAN HAJI



1.  Log in website atau daftar jika tidak memiliki akaun online. Pastikan anda mempunyai nombor akaun tabung haji (tertera dalam buku tabung haji) beserta nomobor pin akaun. 









2. Klik pada link Semakan Pendaftaran Haji.







3.  Masukkan nombor akaun Tabung Haji .







4. SIAP. Lihat pada Tahun Peruntukan Haji.




*********

Kalau ikutkan pada sistem giliran ni, Ema umur 90 tahun *HAHA*, baru boleh menunaikan haji. Tapi itu tahun maksimum, anything can happen. Bila Allah jemput lagi awal, Alhamdulillah. 

Macam abang Ema tunai haji umur 28 tahun kerana dipilih sebagai petugas/ketua rombongan haji dibawah program bla bla bla. Sayangnya kakak ipar tengah sarat mengandung anak sulung. Kalau tidak, dia pun boleh ikut sama.


FAKTA
 Kos Haji ialah RM 19, 550  ( RM 9, 950 bayaran haji + RM 9, 570 subsidi)
 Kuota haji meningkat kepada  30,200 berbanding 27,900 orang (<2016)
 Antara syarat utama pendaftaran haji ialah mempunyai minimum baki akaun RM 1, 300






2 comments:

Inani Azizan said...

i like this entry. :-D menarik.

Ema said...

@ Inani Azizan

I like you..*WINK3* cool

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...