1 September 2017

Apple Strudel



Assalamulaikum


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-60
"NEGARAKU SEHATI SEJIWA"

dan 

Salam Aidil Adha




Ema buat apple strudel bulan puasa lepas. Mengidam nak makan pastry. Kebetulan ada puff pastry square dalam peti sejuk. Disebabkan takut tak cukup doh, Ema sumbat banyak jugak isi epal dalam pastry. HE2. Jadi agak kembung.

Lepas tu terlebih sapu telur kuning, nampak hangus sikit bahagian tu. Apapun, boleh la try kalu nak buat. Banyak resepi boleh buat bila dah ada puff pastry square frozen. Tak payah nak uli doh from scratch, lenguh kena uli, masuk keluar peti lepas tu lipat balik banyak kali. 

Hari ni baru nak tulis report and share dekat blog tentang hasil apple strudel Ema. Walaupun rupa bukan macam Queenies', manis dan masam isi epal still sedap. Mungkin kena kurangkan isi, sebab cepat kenyang. 







Servings: 12 pcs




2 paket puff pastry square jenama "Kawan"
5 biji epal hijau (Granny Smith)
100 gm kismis hitam
100 gm gula perang
1 sb mentega
1/4 st serbuk kulit kayu manis
secubit garam





1. Buang kulit epal dan epal dipotong dadu. Rendam dalam air selama 10 minit dan tos.
2. Masukkan mentega, garam, gula perang dan serbuk kulit kayu manis
3. Masukkan kismis hitam dan masak sehingga air kering. Sejukkan.
4. Sediaka dua doh pastri berbeza ukuran. Untuk lapisan bawah, ukurannya ialah 2.25 inch x 3.25 inch.
5. Untuk lapisan atas, 2.5 inch x 3.5 inch.
6.Untuk doh bahagian atas, lorekkan garisan doh tanpa putus.
7. Buka sedikit lorekan doh tersebut.
8. Letakkan inti epal di tengah doh lapisan bawah.
9. Tutupkan inti dengan doh yang dilorek tadi (lapisan atas)
10. Susun di atas loyang dan sapukan telur sekeliling pastri. 
11. Bakar di dalam oven bersuhu 190 celsius selama 20-30 minit.


















Agak burn atasnya. Kurangkan sapuan kuning telur yer!





No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...