9 November 2017

Brownies Berkedut (step by step)




Assalamualaikum





Sejak hari raya haji baru-baru ini, Ema nak buat brownies. Teringat dekat brownies yang classmate sponsor sempena our last day together kat IIUM...first time makan, lupa sudah rasanya macam mana. Resepi brownies diambil dari blog Kak Azlita.














400 gm coklat masakan (dark chocolate)
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (diayak)
30 gm serbuk koko (diayak)




1. Cairkan mentega dan coklat menggunakan kaedah double boil.
2. Satukan gula kastor, gula perang, telur  dan esen vanila. Gaul menggunakan whisk.
3. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan gaul sehingga sebati.
4. Masukkan campuran tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10' x 10' yang dilapik kertas kek  dan oleskan butter di bahagian tepi (yang tidak berlapik).
6. Bakar adunan di dalam ketuhar selama 30 minit pada suhu 160 celsius.
7. Apabila sudah masak, biarkan kek di dalam oven dengan pintu oven terbuka sedikit selama 15 minit.






First time buat brownies. Alhamdulillah berkedut. Ema ikut pesanan Kak Azlita. Ema gunakan Beryl's chocolate coins sebab yang itu sahaja dipaket 500 gm. Instead gunakan serbuk koko jenama Cacao Barry, Ema pakai Van Houten sebab CB dijual 500 gm. Mahal pulak tu, tak berbaloi untuk guna 30 gm sahaja.





After 30 minit, kedut tu tak muncul. Brownies still tak masak kat bawah bila pakai toothpick test. So Ema shifted the racks to the lower one. After extra 8 minit, baru masak.  Ema tak nak overcooked nanti bahagian atas kering dan terlebih rapuh. Walaupun sebenarnya dah nampak rapuh, tapi tak la teruk. After 15 minit post-bake inside the oven, kedut-kedut tu muncul.



Rasanya? Rasa dan bau chocolate yum yum yum ๐Ÿ˜. Memang sedap. Walaupun ini 2nd time makan brownies, teksturnya mampat dan lagi moist dari chocolate cake moist. Mungkin kena ubah sukatan gula sebab mak rasa manis walaupun adik kata ok. Ema rasa manis sikit. Tak sure Beryl's choc tu unsweetened/ semi-sweet/ sweetened. Overall, Ema akan flag recipe ini untuk diguna pakai next time. Kak A.A pun dah ambil resepi ini ๐Ÿ˜„




๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ




Update. Selepas 2 bulan MIA, baru dapat menaip balik. Al-maklum, Ema tak ada twitter, facebook, instagram etc. Blog ini jerla tempat orang berpeluang untuk stalk recent aktiviti Ema (selain What's App).


Ke mana Ema menghilang?

Some knows yang Ema sedang 'bonding' dengan anak saudara, Aaira yang sudah masuk 4 bulan. First time bonding waktu umur dia 1 bulan 1/2. Dah tamat kontrak dengan abang selepas 2 bulan setengah bersama, jadi kena hantar balik Terengganu. 

In the meantime, minggu lepas bonding dengan ex-classmate dekat UIA Gombak. Kitorang pergi kutip jubah graduasi. Gambar pre-convo? Ema tak ambil langsung, bahkan Ema tak pakai lagi jubah. Still wrapped in plastic. Then I realized, my selfie skill is getting better. 



Ke mana Ema menuju?

Isnin 13 Nov 2017 nanti InshaAllah Ema akan ke majlis graduasi di UIA Gombak. Belajar di Kuantan, convo di Gombak. Sebab tulah tak ada feeling nak ambil gambar dekat Gombak. 

Then, I'm still on planning, researching and surveying all the possible course I will be taken next. I'm planning carefully. Mak tanya 'Dah daftar ke belum?'. Kalau sambung Master semudah sambung Degree, I'll be clicking, typing, sending and kicking my legs in just a day.




p/s: I usually got everything planned out. For the first time ever, I'm uncertain.

No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...