26 November 2017

Mini cheesecake (Step by Step)




Assalamualaikum 



Nampaknya pantai timur dah nak start banjir. Setiap hari hujan, dari pagi buta sampai tengah malam. Esok pagi nak fly g KL, ada interview Master dekat UPM, doakan Ema berjaya ya. Amin. 

Apapun, hari ni Ema nak try satu dessert yang lama di"pin" di Pinterest.  Kenapa nak try? Sebab cheese, mini, crispy, ada caramel topping dan CHEESE.

Resepi yang Ema try hari ni - Mini Cheesecake with Apple, crisp and caramel topping. 





Sumber: Cakescottage.com
Serving: 12-16 pcs








For crust
1/4 cawan gula perang
1 cawan crumb biskut "Digestive"
3/4 cawan "instant"/ "rolled"  oat
1/2 cawan mentega cair

For cheesecake
500 gm cream cheese (suhu bilik)
2 sb tepung jagung
1/4 cawan gula perang
1/4 cawan gula kastor
1/2 st serbuk halia
2 st esen vanilla
1/2 st serbuk kulit kayu manis

For crisp topping/ "Streusel"
1 cawan tepung gandum
1 st serbuk kulit kayu manis
1/4 st garam
6 sb mentega (suhu bilik dan TIDAK dicairkan)
1 biji epal hijau/ granny smith dipotong kiub kecil

For caramel topping
50 ml air
100 gm gula kastor
1 sb mentega







1. Panaskan oven pada suhu 180 celsius.
2. Gaul bahan-bahan untuk Crust sehingga sebati.
3. Sediakan muffin cup dalam muffin tray (3x4). 
4. Kaup 1 sudu besar campuran crust dan tekankan di dalam muffin cup sehingga mampat.
5. Bakar crust di dalam oven selama 5 minit. Sejukkan.
6. Kemudian, pukul bahan-bahan untuk Cheesecake menggunakan eletric mixer sehingga lembut. 
7. Tuangkan campuran cheesecake ke atas crust. Tinggalkan ruang untuk epal dan streusel.
8. Campurkan campuran crisp/ Streusel dalam mangkuk lain menggunakan tangan. Dengan hujung jari, gaulkan sehingga campuran berketul dan "crumbly".
9. Susun lapisan atas cheesecake dengan epal, diikuti dengan taburan crisp/ Streusel. 
10. Bakar pada suhu 180 celsius selama 25 - 30 minit. 
11. Setelah siap, sejukkan dan simpan di dalam peti semalaman atau sehingga sejuk. 


untuk karamel (optional)
1. Masakkan air bersama dengan gula. Biarkkan mendidih sehingga larutan gula bertukar perang keemasan. DENGAN SEGARA, tutup api dan masukkan mentega. Gaul sehingga buih hilang dan tuangkan ke atas mini cheesecake.





Caution: Jangan sekali rasa/sentuh karamel ketika panas (walaupun sudah tiup). Can cause painful burn and blister. Water boil at 100 celsius. Karamel boil at 180 celsius.... 






Tadaa!!. Quite happy with the outcome. Ema ubah sikit resepi asal sebab resepi crisp/ Streusel tak menjadi. Tak crumble langsung. Jadi tukar resepi dan ambil dari web Martha Stewart.

Lagi...owh. dalam resepi asal pakai rolled oat. Ema pakai instant oat. Tak nampak oatnya. Rasa pun tak rasa mana.






Komen resepi.

Ada bahan-bahan yang mungkin jarang dipakai Malaysian macam serbuk cinnamon, ginger dan rolled oat. Alhamdulillah, Ema ada semua (except rolled oat) since famili suka pakai spices dalam masakan. 

Dapat kek cheese saiz kecil pun sudah memuaskan. Kadang-kadang bila kita beli sepotong kek pun tak habis. Lebih-lebih lagi kek tu tinggi macam jual dekat Secret Recipe. Crisp seeloknya tak buat tebal-tebal. Susah nak potong dan makan. Ratio crusts to cheesecake maybe ken besarkan lagi. More cheesecake layer and lesser bottom crust layer (3:1). Overall cheesecake sedap :D. Maybe manis sikit. Kurangkan gula jika perlu. Ema bagi ✯✯✯✯ dari 5 stars.


Ema dah try banyak resepi with cheese-based. Since I like cheese, siblings pun suka cheese. Bekalan cheese sentiasa ada. Kena beli lembu tambat belakang rumah nampkanya XD. Maybe next time buat dessert lain pulak. Hujung minggu ni parents balik Umrah, dah ada idea untuk next simple dessert to try. In the meantime, nak pergi prepare for tommorrow Master IV.






p/s: Woww. This is my 700th post. 🎉

No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...