Pendaftaran postgraduate di UPM | Master Journey #2

February 02, 2018


Assalamualaikum


Alhamdulillah, boleh buang status PATI setelah 1 bulan merayau dikawasan UPM. Tiada lagi usaha untuk avoid kena tahan Pak Guard, tak boleh menikmati kemudahan sebagai warga UPM (Wifi, library access etc.)


Suasana bilik pendaftaran di Kompleks Akademik A, UPM



Ingatkan nak tunggu duit Yayasan Terengganu masuk, tapi ayah kata pakai dahulu duit yang ada. So, rabu lepas Ema registered as a Master student in Food Science dengan nani (panjangkan jodoh kita). Prosesnya senang kalau certain perkara dah disettle awal-awal.



Checkpoint 1: International student


Checkpoint 2 : Medical check up
Ema buat medical check-up di pusat kesihatan UPM. Sekejap je kalau tak ramai orang, dalam 1 jam, fee RM 68.90 (GST included). Kalau korang pergi check-up selain UPM, kena datang PK UPM ni juga sebab nak kena sign medical Dr. UPM.Boleh juga bawa report medik waktu registration.


Checkpoint 3: Registration check list
Nasib baik Aina cakap awal-awal. Registration list kata bagi option bawa ori and copy of Degree certificate OR Academic Transcript & Senate letter. Ema prepare ori & copy Degree certificate sahaja. Lagi satu, 2 gambar background BIRU, tak apa tak berukuran passport asalkan kecik.


Checkpoint 4: Fee Payment 
Yang ni pun settle awal-awal before register. Bayar sama ada di CIMB branch or CIMB click (bawa history transaction with IC). Dia boleh pay pakai electronic debit card machine tu, tapi hari tu alat tu bermasalah. Tak pasal-pasal student kena bayar manual - cash.


Checkpoint 5: Registration
Daftar. Dapat matrik number, ID and PSWD, tarikh-tarikh penting (no orientation), Email student (penting untuk registration dalam laman web academic, Researchgate, google scholar etc.)


Checkpoint 6: Matric Card
Gambar yang dikepilkan bersama discan, dan matric card siap dalam masa 10 minit (kalau tak ramai dan datang bukan dekat lunch hour). Kalau datang nak dekat lunch hour, siap petang. 


SIAP REGISTER. Senang dan cepat daripada daftar foundation, degree. Al-maklum, postgraduate student berapa kerat sahaja.



STICKER KERETA @ BAHAGIAN KESELAMATAN
Lepas tu bolehla korang settle hal kolej. Oleh sebab Ema tak menginap kolej, Ema ke bahagian keselamatan. Pakai borang latest 2017, bawa lesen dan geran asal. Sticker siap on the spot.


LIBRARY MEMBERSHIP
Kami bukan nerd yer. Memang hajat nak pinjam buku. Datang Library, register matric card (yang shiny baru) untuk  library entrance. Bila dah daftar as student, on the spot jadi ahli library. Kalau UIA dulu, kena daftar separately as library member. Tapi Ema tak explore habiskah, sebab buku  rujukan dia ada dekat beberapa ketul rak sahaja berbeza dengan UIA yang ada 3 tingkat  penuh dengan buku rujukan pelbagai bidang #SisConfius...weird


WIFI
Wifi? Hotspot UPM. Aktifkan dulu ID dengan PSWD, baru boleh guna hotspot@UPM


p/s: My BFFFFF high school nak nikah dah T.T


2 comments:

  1. So kalau saya medical checkup kat hospital kerajaan boleh jelah kan ? just time register kena sahkan dengan dr di upm right ? and then untuk mintak stiker kereta awak prepare geran ye ? Sorry banyak tanya ! saya daftar master upm end of this month

    ReplyDelete
  2. Boleh sahkan dengan Dr di Klinik kesihatan UPM awal2

    Untuk mintak sticker, bawa geran sahaja ke Pejabat keselamatan. Isi borang sticker form (borang baru kena ambik dekat office, saya tak jumpa on9), tak payah photostat Geran, tunjuk sahaja. Diorang tak nak simpan copy geran.

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.