Puding karamel cheese [Step by step]

September 14, 2020


 Assalamualaikum


Bilalah Ema boleh masak kek ni. 
Boleh ke masak??  Jadi tak nanti?



Dengan semangat dan masa lapang yang ada, Ema plan untuk bake minggu ni dan choose this resepi Cream Cheese Custard Pudding Cake|HidaMari Cooking, seorang Youtuber with ASMR cooking.















Tapi, Ema terpaksa tukar resepi sebab Ema akan gunakan loyang yang lagi besar 5" square. So, Ema double the size for some ingredients. Dibawah resepi untuk masak Puding Karamel Cheese diubah dari resepi yang digunapakai Youtuber Hidamari.




Saiz loyang: 8"x8"

Karamel
  1. 2 sudu kecil air
  2. 80g gula
  3. 2 sudu kecil air panas
Cream cheese pudding
  1. 250 g cream cheese
  2. 90 g gula
  3. 5 biji telur
  4. 500 mL susu UHT
  5. 200 mL whipping cream atau heavy cream
  6. 20 g gula
  7. 1/2 sudu besar parutan kulit lemon 
Genoise
  1. 2 biji telur
  2. 60g gula
  3. 60g tepung halus atau gandum



Karamel
  1. Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang.
  2. Masukkan 2 sudu kecil air panas
  3. Tuangkan ke dalam loyang
Cream cheese pudding
  1. Panaskan susu dan whipping cream/heavy cream bersama dengan parutan lemon sehingga mendidih. Sejukkan
  2. Pukul cream cheese dengan gula sehingga sebati
  3. Masukkan telur satu persatu-satu dan gaul sebati
  4. Masukkan campuran susu ke dalam adunan cream cheese. Kacau sebati
  5. Tuangkan adunan ke atas loyang yang berkaramel
Genoise
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang putih.
  2. Masukkan tepung dan gaul sehingga sebati
  3. Tuangkan ke atas adunan cream cheese

  • Panaskan oven pada suhu 170 celsius 10-15 minit.
  • Masukkan adunan ke dalam ketuhar. Bakar selama 50-60 minit menggunakan kaedah water bath.
  • Sejukkan dalam peti semalaman.
  • Makan dan basuh pinggan.



Step by step with pictures 


Step 1 | Sᴇᴅɪᴀᴋᴀɴ ᴋᴀʀᴀᴍᴇʟ



Masak karamel sehingga warna keperangan menggunakan wet method (gula+air). Kaedah ini lagi selamat untuk elakkan terlebih masak karamel sehingga pahit terlalu cepat. Tapi cepat sangat dia sejuk keras, tak sempat Ema nak ratakan. No worries! Nanti karamel akan cair balik dan spread evenly bila masak dalam oven

⚠ Boiled caramel is dangerous. ~180c



Step 2Cʀᴇᴀᴍ ᴄʜᴇᴇsᴇ ᴘᴜᴅᴅɪɴɢ


Panaskan susu dan whipping cream. Heavy cream banyak fat content dari whipping cream, tapi tak jual disini. So, Ema substitute dengan whipping cream. Untuk lemon, Ema main parut dekat 1/4 biji kulit lemon..Harap-harap tak masam.





Pukul cream cheese dengan gula. Kalau perasan, Ema pakai gula pasir sebab gula halus habis stock. Pakai gula halus guys. Pukul sehingga cheese lembut dan sebati dengan gula.





Masukkan telur sebiji dan pukul sehingga sebati sebelum masukkan telur seterusnya. kekeke. kenapa gambar kiri tu macam telur mata.





Next, masukkan campuran susu yang sudah sejuk. Gaulkan sebati. Nampak ada ketulan cheese, Ema tapis dan hancurkan.



Step 3Gᴇɴᴏɪsᴇ


Génoise. Kek sponge berasal dari Italy. Pukul telur dengan gula sehingga kembang 2 kali ganda dan warna putih. Ema rasa Ema tak cukup pukul.





Satukan semuanya ke dalam loyang berkaramel. Tapiskan dulu cheese pudding untuk asingkan ketulan cream cheese yang mungkin tak sebati dan parutan lemon. Selepas tu, tuangkan génoise ke atasnya. Jangan risau, génoise tak tenggelam.



Step 4 Bᴀᴋɪɴɢ



Dalam tempoh bakar, lapisan atas génoise akan perang sepenuhnya tapi pudding belum masak. Jadi, tutup lapisan atas dengan aluminium foil. Sambung masak. Untuk tahu masak atau tidak, cuba goyangkan loyang. Jika satu loyang puding bergegar, maka puding belum masak. Jika ada jiggle sikit di tengah-tengah, boleh keluarkan. 



Step 6Sᴇᴊᴜᴋᴋᴀɴ


Keluarkan. Ema tutup dengan plastic wrap sebelum simpan di dalam peti semalaman. Seterusnya, baru cuba terbalikkan. Oleh sebab ada karamel, kena hati-hati sebab karamel cair melimpah.



Step 7 | Hɪᴅᴀɴɢ



"..Look at this, you can see your reflection. Mulan is going to start singing when she see.." 😁









Alhamdulillah! Tak expect keluar macam ni sebab first time buat. Rasa puding karamel tak manis. Tekstur lembut tapi rasa lemon kuat 😅. Karamel pun cantik yellow amber warnanya  dan tak terlalu manis. Untuk génoise, mungkin kena pukul lagi lama sebab volume sikit. Overall ok~. Tapi aftertaste lemon masih ada. Mulutku bau lemon.






Bukan untuk dijual. Untuk penyimpanan mudah di dalam peti.

4 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.