Resepi Snow Japanese Cheese Cake
Assalamualaikum and Good Afternoon
Dah lama tak pecah dapur baking. Idea nak masak Kek ni datang dari..UIA sendiri. Semenjak 1-2 bulan lepas, aktiviti jual beli Snow Cheese Cake memang riuh dekat Mahallah (Hostel) Ema.. Harga, bolehla tahan mak oii RM18. Sebab tu tak beli. Tapi ada insan yang baik, Thanks kak Atik sebab sudi share Snow Cheese cake dekat terminal bas Kuantan sebelum balik akhir sem. Rasa cheese..yum yum. Ema suka cheese cake, tapi apa yang lain tentang Cheese Cake ni sebab topping dia..cheezee
Kali nie Ema sendiri nak buat Snow Cheese Cake untuk mengisi kekosongan cuti sem yang berbaki 9 hari lagi T.T
But, Ema tak guna kek keju yang pakai Slice Cheese so,tak adalah teksturnya macam sponge, but it is more moist and soft. Ema guna cream cheese. Nampak tak membina lemak badan. Badan dah kurus , takut jadi tulang =_=. Marilah tambah kalori makanan dengan Japanese Snow Cheese Cake .
Mixture A
- 250g Cream Cheese
- 50g mentega
- 100ml fresh Milk ( Ema guna full cream)
- 6 Telur Kuning
- 1 sb Jus lemon ( 1 biji lemon dah cukup untuk diperah)
- 1/4 sk garam
- 60g tepung superfine ( diayak)
- 20g tepung jagung
Mixture B
- 130g gula halus
- 6 telur putih
- 4 sk jus lemon
Topping
- 250g cream cheese
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1/2 blok cheddar cheese...ikut suka pun tak apa.
Cara-Cara
1. Cair Cream cheese, susu dan mentega menggunakan kaedah double boiler. Bila campuran dah sebati, biarkan ia sejuk.
2.Pukul campuran yang cair tu dengan baki bahan mixture A. Kacau guna senduk kayu.
3.Next,pukul putih telur pakai hand mixer. Pakai HAND MIXER bukan mesin punya. Pukul putih telur dengan jus lemon sampai jadi froath/foamy. Seterusnya, masukkan gula dan pukul sampai terbentuk soft peak. Erti kata lain, bila kita try terbalikkan mangkuk, telur putih tak terbalik.
4. Campurkan mixture A dan mixture B PERLAHAN dalam satu arah. Griskan loyang dengan mentega, atau pakai baking paper pun boleh. Masukkan bater dalam loyang biasa atau loyang springform.
5. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 160 degree celcius dalam masa 55 - 60 minit. Bakar menggunakan kaedah waterbath. Untuk kaedah waterbath, pastikan juga loyang tu dibalutkan dengan aluminium foil. Lebih-lebih lagi kalau gunakan loyang springform sebab water bath boleh masuk ke dalam lubang - lubang kecil loyang.
Pakai loyang 9 inci |
He2.Ema tak jumpa cheddar cheese buku Kraft dekat Giant. Pelikkan.So, Ema gantikan dengan slice cheddar cheese....So,terpaksalah Ema bersusah payah slice panjang-panjang cheddar cheese T.T. Nampak dah tak cantik topping tu. Tapi, rasanya..Enak and Sweet!!!
These look more delicious than mine..... |
Dan waktu Ema sedang khusyuk buat Kek, Mak Ema balik dari hypermarket..and she bought....A CHEESECAKE! peace...
The photo and recipe are taken at this blog
No comments:
Saya komen