Are you a good listener or a bad listener?

Assalamualaikum..

Are you a good listener?
Ema bukan nak menguji jika anda tuli atau tidak..
Cuma mengambil sedikit input dari sebuah buku motivasi...

Pendengar yang Efektif..


  • Sentiasa bertanya,’apa faedah ini bagi saya?’
  • Sentiasa mencari isi2 yg berfaedah
  • Tidak menghakimi apa-apa hinggalah rumusan menyeluruh dibuat
  • Fokus kepada konsep dan tema utama
  • Mengubahsuai isi penting kepada bentuk yang lebih tersusun dan praktikal
  • Bersungguh-sungguh dan mempamerkan perhatian
  • Sentiasa ‘melawan’ sebarang gangguan dan tau memberi tumpuan
  • Menggunakan wacana dan bahan yang lebih sukar bagi memikirkan sesuatu
  • Tidak ‘berperangkap’ dengan bahan beremosi. menterjemahkannya kepada pengertian yang bermakna.
  • Mencabar minda,menjangka isi kandungan,membuat rumusan fikiran,mengukur ketepatan hujah,memerhati nada dan suara serta mencari idea baru.

Pendengar yang TIDAK efektif (jen jeng jeng!!)

  • Tidak berfikir apa-apa
  • Riuh-rendah sekiranya pengajaran tidak memuaskan
  • Sentiasa ingin berhujah dan berdebat
  • Mendengar fakta dan jenaka
  • Sentiasa sibuk dengan bentuk catatan sehingga tertinggal isi penting
  • Tidak menunjukkan semangat,hanya buat-buat dengar sahaja
  • Mudah ‘digoda’ dengsn gangguan
  • Enggan berfikir mengenai sesuatu yang sukar sedikit.Hanya berminat dengan benda yang santai
  • Bereaksi pada sesuatu yang beremosi
  • Ada kecenderungan untuk ‘mengantuk’ sekiranya guru itu slow (pernah mengalami T.T.maafkan saya cikgu..)

'Resepi Kejayaan Pelajar'karya Ahmad Fadzli Yusof

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.