My Hari Raya...

ASSSALAMUALAIKUM
dan Selamat Hari RAYA..
Alhamdulillah..
Hari ni dah masuk jugak hari ke- 6 umat islam berpuasa..
dan rasanya,ada juga yang lupa tarikh kalendar masihi hari ni..Ha3
Salam sejahtera untuk semua..
He3..Dah 1 minggu lebih ema melarikan diri dari laptop nie.
sebenarnya,laptop nie jugaklah antara checklist pertama Ema nak pegang selepas balik raya di Perlis Ahad lepas..Buka memang dah buka,tapi jari masih belum terkenang nak menulis blog..masih hanyut dalam,kesunyian raya tahun ni yang mana,Ema tak beraya sakan mana pun..
BALIK KAMPUNG!
oh oh oh BALIK KAM- PUNGG~
he3,update publish post Ema hari ni mungkin ema cerita pasal balik kampung Ema minggu lepas..Di mana?Utara no..p mano lagi.(sebenarnya,ema bukan pandai cakap utara pun =)..),balik kg,sebelah Mak..Kitorang pergi isnin minggu lepas,perjalanan yang jauhhh memakan masa yang singkat di bulan ramadhan tapi jauh pada bulan lain (tiada berhenti makan..)..7-8 jam lebih..apa yang buat dalam kereta?
  1. menyibukkan diri
  2. menyanyikan lagu balik kampung
  3. melayan kerenah adik ema yang kecik sekali yang tak berhenti bercakap
  4. kena layan adik ema lelaki sorang lagi yang duk tepi ema
  5. caution dengan dia sebab dia selalu muntah bila jalan jauh,dan yang kenanya,pasti ema.
  6. Dan tak juga menguatkan diri ema daripada...Muntah sendiri..

Kalau dah sampai jalan bukit banjaran titiwangsa,bersedialh,TIDUR..berita baiknya,adik ema muntah sekali dari kebiasaanya 2- 3 kali,dan ema suka dia tak muntah atas ema,he3..Dan nak tau,famili Ema ada satu lagu favourite yang memang store lam van,ema tak tahu lagu apa,yang pasti bukan artis nyanyi..kalau pasang lagu ni..SAH,1 van bergegar dengan ketawa sesorang..Memang tergelak..mak tergelak,adik ema yang tidur,bangun tiba2 tergelak..dan Ema......tak payah cerita.alhamdulillah,sampai juga ke perlis sebelum Asar.Perjalanan kitorang rasa macam singkat sahaja,ayah kata sebab tak berhenti makan..-__-',apapun,apa yang menanti kami sudah tersedia dihidang di rumah tok ayah.

Ketibaan kami disambut oleh sekumpulan,Kanak-kanak Superkids..Yang memang super.Siapa tu?Sepupu Ema,yang masih kecil lagi..kecil sekali - 2 ,4,dan 7 tahun..usia muda tapi badan nampak besar.Rupanya pak saudara ema berpindah duduk kat umah tok ayah(yang mana ema tak tahu langsung)..Dan,famili ema pulak akan duduk kat bilik biasa kitorang duduk yang juga 'bilik baru' budak2 tu....Riuhnya Superkids nie tak terkata..Errrrrrrrrr...memang tak terkata,betul betul tak terkata..Anda pasti akan terkejut melihat 'kekuatan' kanak2 nie,oh lupa nak beritahu..Diorang semua Perempuan...SuperGirl..Bukan SuperJunior atau apa lagi band korea kat luar tu..yang paling Pusing kepala Ema dan kakak ema yang lain2 lagi bila diorang nie bergaduh dengan adik Ema yang 3 orang nie..Boleh bayang 2 lelaki 1 p VS 3 p..memang Golek belaka jaga budak 6 orang nie,ada sahaja gaduh setiap masa,kata kakak Ema 'macam manalah kalau duduk tadika,mesti pening kepala orang kat tadika jaga budak 3 orang nie' - yang memang HYPER betul..huuuuuuhh..kadang2 kesian juga tengok adik Ema yang kena buli,adik sepupu ema sorang yang 4 tahun nie pulak tiba2 marah kat ema tanpa sebab,adik kecil sekali suka baling barang yang kakaknya 7 tahun pulak,errr...OKK masuk pulak cerita lain..

Apa lagi buat kat sana?KETUPAT..Oh ketupat rindu ku pada mu..He3..Jarang buat ketupat kalau duduk kat terengganu,kalau buat pun biasanya 2 tahun sekali kat perlis jer,kat trg beli sahaja..Ema raya selang seli ,this year perlis,next year trg...Tak Sabar nak buat ketupat..Siapa bilang Ema tak bolej buat ketupat!!!HE3..dah lama tak buat,jadi...he3.-2st time buat ketupat masa kecik2 pulut nasi tu,menjadi HITAM..he3,sampai sekarang kakak suka ejek ema..Tapi alhamdulillh,sekarang dah OKK deh~.mula2 memang lekat..dah banyak kali Ema suruh Mak Ema buat slow motion..'Ma..slow-motion ma..kilas?..kilas macam mana tu ma..mA...Slow - motionnn ma....',Ha..ema n kakak2 ema bergelut juga nak buat,alhamdulillah,ada juga yang jadi..yang lipatan ketupat macam muka kucing tu,sah tak menjadi..Siapa yang makan ketupat Ema,mesti nak lagi..He3(bukan dia masak pun)..Bibik jaga tok ayah cakap,kat Indo,diorang pakai daun KELAPA nak buat ketupat,hairan juga eh,camna nak bungkus pakai daun kelapa.Daun palas RM 3 1 ikat,cukup2..tapai - letak dalam bekas jer..moden,ha3..Kat Perlis tiada pokok jambu air..susah nak cari kata mak...

Duduk kat Perlis selama 1 minggu,tapi kitorang tak buat apa2 sangat..Oh yer,Bazaar Ramadhan dekat Perlis fames duduk dekat Stadium.Tak payah ceritalah,memang banyak jualan kat situ..ada menu yang tak pernah ema lihat - popia sira,popia inti maggi,air bunga kekwa..(?),ohh..cakar ayam..suka2..AWAS!sangat manis...

HARI RAYA!

raya..ohh raya..Tema Famili Ema tahun nia..RED!!Very Very RED..Sayangnya,famili ema tak pergi jalan mana sangat kat Perlis,Mak ema terlalu sibuk dengan melayan tetamu dan makanan,yang lain pun tak tahu nak buat apa..petang Raya pertama ada famili reunion keluarga Haji Nik..Moyang..RAMAi?Tak ramai mari..kenapa?Ayah kata sebab Haron Din tak datang.Macam2 la..yang ema ingat,masa bagi duit - 'siapa yang sekolah rendah dan sekolah menengah dan ibu tunggal sila beratur..'HA2..siapa rasa Ema pergi beratur ambik duit raya angkat tangan?beratur?........Biarlah Rahsia..Rumah sebelah tok ayah pulak Riuh sekali,siap dengan khemahnya,siap jugak dengan Lagu raya(Umah sapo lo ni) ..LAST2..Eletrik terputus seluruh kaw kampung..HA3

Dan perjalanan balik pulang...agakkk lamaa...10 jam lamanya..See..Raya Ema tak seriuh mana tahun..kadang2 Ema mengigau,betul tak raya hari nie..Yang patah hatinya (oo),Ema tak sempat dengar takbir raya hari raya ke-2..mood raya pun hilang..sedikit demi sedikit..Dan dunia realiti persekolahan pun datang menjelma..

************************

OKKLA..Esok ..OPEN DAY HOUSE..open window,open door open wall..everything OPEN..open day juga maknanya,many things to do.- nasib baik anak dara ramai rumah(HEHEHEH)..So,marilah rumah yer siapa yng duduk kat Gong Badak - adibah,Fatin..lutfiah n Qilah amin..Soo happy..Tadi,ada surprise visit dari...Mok der n kawan sekolah rendah yang lama..Alya n Izzati from lembah bidong..lama tak jumpa ,ajak bersembang.. ingatkan nak duk lama,tapi diorang duduk sebentar..dan yang sedih sekali......................diorang dah p beraya umah kawan Ema yang lainT___T.FATIN,ALYA n Nurul Fitri....dan umah ema last sekali..kecewa..Ingat nak mintak duit raya kat umah kawan tadi....Ha.JUZ KIDDING...okk..~

Banyak celoteh,bukan biasa,kalau bosan,terima kasih sahaja..



Syuhada


That's Izzati

Alya tiada,dah balik.....


p/s: Piqa this is 4 u untuk reclaim balik 10 hari tak post..HE..happy reading post yang serabut nie...





No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.