Preparation for tomorrow...

Asslamualaikum,
Fuh..next week dah.Sekejap sahajakan.
Apa yang ada next week?
Insya-Allah,Pusat Sumber Sekolah SMKA Tok jiring akan menganjurkan acara-acara menarik minggu depan sempena Minggu Membaca yang menjadi acara tahunan sekolah.
Cuma,tahun ini minggu membaca dilakukan secara besar-besaran.Dengan perasmian insya-Allah oleh PK I kita,En Harun di Dewan.Sekejap sahaja.Kalau beri kerjasama..
Acara lain yang sudah dikenalpasti ialah :
  • Pertandingan kuiz BA
  • Kuiz PSS
  • Pertandingan Menulis esei BM/BI
  • pertandingan jejak maklumat
  • pertandingan cipta kulit buku
  • pertandingan logo PSS
  • tayangan video
  • PESTA BUKU (HOORAYY!!)
  • resensi buku

Kumupulan Ema sedang melakukan persiapan untuk aktiviti Kuiz PSS dengan Jejak maklumat.Alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun ada sedikit kesulitan.

Hari ini juga diadakan kursus membina blog PSS...errr..dan Ema termasuk juga.Fasilitator untuk para guru dan PSS ialah Teacher Rosidah dan ia berlangsung di makmal ICT petang tadi.Kami belajar basic2 membuat blog.Ramai guru yang menghadirkan diri..perempuan ramai.Lelaki-Cg Harun Math sahaja yang nampak.Riuh makmal ICT dengan gelagat cikgu - cikgu yang turut jadi anak muridnyer.Macam-macam.Ada yang tak boleh sign in google sebab tulis password = username,ada juga cikgu yang 'meloncat-loncat ' bila dah siap buat blog.cikgu,cikgu..best.Perolehannya?Ema mendapat idea-idea untuk menceriakan blog ema..~.~...

p/s:Dengar ura-ura mengatakan PK I kita bukan lagi pk I kita.Dengar-dengar dah jadi Guru Cemerlang!Tahniah Cg.Harun.Kalau dah jadi guru cemerlang,tak boleh jadi PK I(kata kawan)..persoalannya-sipakah penggantinya?Pn Hajjah Anisah?atau guru BARU!

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.