8 July 2010

Jangan Remukkan 'kokoro' yang sedang diremukkan....

Mungkin soalan Ema ajukan agak pelik,tapi..
Jika anda mempunyai teman rapat dan kawan anda ini rasa sedih hati..
Adakah anda lari..atau anda sentiasa di sisinya..?

Soalan ni simple jer..tapi Ema sendiri tak faham..dan Ema merasai situasi ni agak pelik dan memberikan persoalan..
Ya,memang perkara ni happening kat dalam diri Ema..
Ema mendegar kata-kata kawan Ema ni,dan membuatkan persoalan Ema selama ni terjawab begitu saja..

'Ma..kalu MA suka.orang lain suka,Kalu Ma sedih,orang lain sedih gok..'
''takut ah nok dekat..takut kena maroh kekgi..'

2 la kata-kata daripada kawan-kawan Ema yang sebenarnya banyak lagi..tapi sama jer maksud ngan kata2 dekat atas ni..

kata-kata pertama amat tersentuh apabila didengar.Betapa prihatinnya seorang kawan.
Tapi,bila didengar kata-kata kedua..
REMUK hati Ema.. Shitsuren..
Kata-kata ni antara kata-kata yang diucapkan oleh salah seorang kawan Ema yang paling Ema sayangi,hargai dan memang sayangla katakan.(HE3)..

Kenapa Si Dia kata begitu?Masa tu,Ema memang bad mood.Sedih.Gusar.tak boleh control feeling.
Ema fikir..Ema rasa dia lebih matang dan memahami perasaan dan makna seorang kawan..
Ema memang perlukan dia nak tolong rendahkan 'suhu' perasaan Ema.Huu...
Bila dengar kata gitu,lagi remukla hati yang memang sedang diremukkan.
Bila dengar orang kata muka Ema garang bila bad mood(Ha3),macam singa nak makan orang..Ema rasa tu personaliti ema yang memang ema tak nak orang tengok sebab menakutkan jugak bagi Ema..(sabar Ema,sabar)

Kalu boleh,Ema cuma mintak Si Dia-yang tak boleh beri nama DAN JUGA YANG KAWAN-KAWAN EMA LAIN!Janganlah lari dari Ema..kalau Ema buat muka macam Singa ker..muka macam lolipop ker,macam aiskrim ker..sayangilah Ema(HE3),janganlah lari,cuma kena pandai cakap dengan Ema,untuk yang sentiasa ambil berat tentang perubahan feeling Ema masa tu,syukran jazilan.Sememangnya sahabat sejati sukar di cari.Tapi jodoh dah sedia menannntti!HAHAHA..~gurau jerla~tapi inilah hakikatnya..


Takedo,Ema. CHAIYOKK!!!!!GO GO EMA!

p/s:Okk~nak tahu-masa BAT tadi ustazah Zainun 'tilik' satu persatu tangan kitorang..kitorang tak tahu tilik pasal apa,ada orang kata tilik anak dapat berapa,suami/isteri berapa(HA3)-last2 ustazah beritahu yang tilik personalti kitorang jika seorang itu garang/lembut.Ada ramai 50/50..garang ada jugak..Yang LEMBUT~ sorang jer kelas Ema..nak tahu siapa?NURUL NAJMI IDAYU,Ema panggil dia anak Ismail sebab ayah dia Ismail~tapi dia tak marah pun..kan lembut,tapi dia panggil ema anak mohammad,Okk.Tapi,dia memang lembut..tak pernah tengok dia mara/tinggi suara sejak sekelas F1,F3 N F4.Dia senyum sokmo.Ema punya tilikan..ZERO.no comment.entah kenapa ustazah tak kata apa-apa kepada sesetengah drpd kitorng.kalu tilikan tak jelas tanya befday berpa.Tadi Ustaz A pun kene tilik,tak dgr ustazah kate naper.ada satu lagi cara tilikan yang jelas di muka kita, nak tahu camna cara nak tahu die garang atau tak..Ema tak nak berithu sebab,sebab..HE3.TAK NAK!

No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...