Resepi Cuti #1- Tat Telur .

Assalamualaikum..

Hari ni parents dan famili yang lain dah pun pulang ke kampung mak,Perlis..
Yang tinggal kat rumah..Hanya Ema dan Kakak Ema sorang ni yang kene duduk kat sini sebab ada persiapan yang perlu dilakukan untuk Konvo dia tak lama lagi..

Projek Ema semasa Famili lain tiada.HE3
Alang2 famili tiada..kerja Ema yang paling utama..
Ambil Alih dapur rumah!

Resepi pertama yang Ema cuba ialah
TAT TELUR

Terliur tengok Tat Telur..
Masa jamuan PSS n jamuan kelas pakat borong tat telur..
Blog Aisyah pun dah keluar gambar tat telur..
'Aish..Ni tak boleh jadi ni,ema kena cuba jugak membuat tat telur..'

So,Inilah  
RESEPI TAT TELUR

Bahan Kulit: 
500 gm tepung gandum 
11/2 cawan majerin 
1 sudu besar lemak sayur/crisco 
2 sudu besar gula 
1 biji telur 

Cara. 
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti. 
2. Masukkan telur dan gaul rata. 
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat. 
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil 
(petty tin) yang sudah digriskan. 
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin] 
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C. 
7. Keluarkan dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat. 
8. Bakar semula 5 minit. 
9. Sejukkan dan hidangkan. 

Filling Kastad 
1 cawan susu cair 
4 biji telur 
1 cawan gula 
1 cawan air biasa 
1 sudu besar tepung kastad 
1/2 s/teh vanilla 
sedkit pewarna kuning 

Cara: 
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati. 
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak 


***********

First time membuat tat telur..
Agak membanggakan~he3~
Rasanya?Memangla Bez...
Dah berapa tat telur dah ema makan..
Rasa mual pulak makan banyak..
Ema tak rasa Ema boleh tengok dan bau tat telur lagi buat masa ni,lebih2 lagi bau filling kastard yang sangat kuat

***********


Tat telur ni comel tapi dah  separuh




Yang nie pulak terlebih masak kat atas tu.Nasib baik belum hangus lagi

Tat Telur paling comel yang ema buat..

Yang rupa betul2 macam tat telur dan tak hancur sudah di makan kakak..

p/s:Ema dah nak muntah..Bau tat kuat sangat..HELP ME
     Oh!Ada satu lagi resepi baru yang ema cuba,tat sempat nak post..Sedap jugak,cuma sukar nak buat sikit

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.