Resepi Cuti #2 - Mashed Potato and Gravy
Assalamualaikum..
As what I promised,today post is about my second new recipe that I learned(Which is not really perfect)
MASHED/WHIPPED POTATO AND GRAVY
What?
Well,that's the food that you always eat at KFC..in the little tiny cup..
potato?don't know?..yellow round ball in a red white cup with an old white man face..
Here is the recipe for whipped potato and the gravy(the sauce)
Cara membuat whipped potato.
2 1/2 cawan emping Ubi Kentang (Potato Flakes)-bukan ubi kentang biasa
1/2 cawan atau 110gram marjerin
2 sudu besar butter
2 1/2 cawan air panas
3/4 cawan susu (full cream lagi best)
1 sudu teh garam
Panaskan air dan campurkan butter dan marjerin sehingga cair. Masukkan garam dan masak selama lebih kurang 2 minit. Masukkan potato flakes dan gaulkan sehingga empingan ubi itu menjadi seperti ubi lenyek. Masukkan susu sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian. Resepi ini menghasilkan 6 hidangan whipped potato.
Jika anda tidak mempunyai potato flakes, gantikan dengan ubi kentang biasa. Cuma, ubi kentang tersebut perlu dibuang kulit dan direbus sehingga betul-betul lembut dan perlu dilenyekkan. Kemudian anda perlu mengurangkan jumlah air mengikut kepekatan whipped potato yang anda mahukan. Kerana ubi yang telah anda rebus telahpun mengandungi sejumlah air di dalamnya.
Cara membuat gravy.
1 1/2 sudu besar Shortening(minyak sayur) (dicairkan) atau butter cair
3 sudu besar tepung gandum/breading flour(orang panggil celup tepung)
2 sudu besar tepung All Purpose Flour
400ml stok ayam pekat
400ml air
Pertama sekali kita perlu menggabungkan Shortening (dicairkan) dengan 1 1/2 sudu besar tepung gandum. Gaul sebati dan masak di atas api kecil sehingga warna keperangan.
Kemudian tutup api dan masukkan baki tepung gandum dan All Purpose Flour dan juga stok ayam pekat dan air. Gaul sebati supaya kesemua tepung itu larut.
Kemudian masak di atas api sederhana sehingga menggelegak. Setelah menggelegak, perlahankan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit untuk memekatkan kuah tersebut.
*************
Report Ema tentang masakan ni.....
THE GRAVY IS HARD TO MAKE!
Aish..See the gravy(sauce) at the picture
Warnanya agak berlainan..mungkin terlebih tepung.
Tapi kalau tak letak tepung secukupnya,tak pekat..cair kuah dia.
Sepatutnya warna koko.Whipped potato pulak susah nak dilenyekkan menjadi selumat-lumatnya..
patut pakai lesung
Tapi rasanya tetap sedap~
Puas hati~
No comments:
Saya komen