28 December 2011

Part of life


********

Muhyiddin berkata demikian ketika melancarkan Jaringan Kerjasama Rakan Kongsi Bionexus (BNP) dan Pengumuman Penyempurnaan Pemetaan Genom Melayu di kampus Universiti Teknologi MARA Puncak Alam di sini, hari ini.
"Saya dimaklumkan bahawa projek-projek bioteknologi telah memberikan impak yang positif sebagai projek-projek Kemasukan Utama (EPP) menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Pertanian, Perubatan, Minyak Sawit dan produk- produk berkaitan serta Minyak dan Gas," katanya. 

Beliau berkata, jangkauan yang melewati pelbagai sektor ini merupakan salah satu sebab utama bioteknologi dikenal pasti sebagai pemacu utama dalam usaha untuk membawa negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan ekonomi yang berpendatan tinggi. 

Katanya, menerusi BiotechCorp, agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan biokteknologi negara yang ditubuhkan sejak 2005, sejumlah 207 syarikat bioteknologi bertaraf Bionexus telah dibangunkan dengan jumlah pelaburan yang diluluskan kini melangkaui RM2.0 bilion. 

Syarikat berstatus Bionexus ialah syarikat-syarikat bioteknologi antarabangsa dan tempatan yang layak untuk mendapat bantuan insentif dan geran daripada BiotechCorp. 
"Jumlah pelaburan itu merangkumi tiga fokus utama bidang bioteknologi iaitu pertanian, penjagaan kesihatan dan perindustrian," katanya. 

Muhyiddin berkata, walaupun sektor itu masih dalam fasa membangun, adalah agak memberangsangkan bahawa lebih dari 50 peratus dari syarikat- syarikat ini adalah syarikat kecil dan sederhana yang menunjukkan kemampuan berkembang pesat dalam suasana ekonomi baru negara. 

"Saya juga dimaklumkan bahawa tiga peratus dari syarikat Bionexus sudah disenaraikan di bursa saham di Malaysia, Australia dan Eropah," katanya. - BERNAMA 

************

Assalamualaikum
Tak apa nak share.Cuma tersentak bermain dengan adik2 bila dengar perkataan "bioteknologi" dalam berita kelmarin.Tak pernah dengar berita pasal biotek kat mas nie,Kat internet search pun kurang2 jumpa.
Kenapa ema interest sangat ngan bioteknologi nie??
^_^.Mungkin akan jadi sebahagian besar dalam kehidupan ema nanti.~*peace*

Kawan2 ku yang dah lepas SPM tu dah fikir nak pilih apa untuk "dijadikan sebahagian dalam hidup" anda?


No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...