Diari Perkhemahan Perdana

Assalamualaikum

Minggu ini adalah minggu kokorikulum SMKA Tok Jiring.Dan sebagaimana yang kawan2 F5 tahu,aktiviti terakhir yang dijalankan seperti  setiap tahun adalah aktiviti perkhemahan perdana~

Perkhemahan diadakan pada hari selasa selepas solat Zohor berjemaah di mana kitorang form 5 tidak mengikuti majlis perasmian minggu koko sebaliknya kitorang serbu bas!!

Acara mengangkut para peserta berjalan start dari kol 2.Namun,ada ramai yang tak naik bas sebab ramai yang ada hal lain cam p ambik netbook ngan mengikuti majlis penutup.




Tempat perkhemahan kami tak macam taun lepas2 kat tepi pantai.Kitorang camping dekat pusat ko SMK Bukit Guntong.Bunyi cam camping kat sekolah orang kan.Tapi,tempat yer kene masuk sekolah bukit guntong,lalu jalan belakang,turun bukit terus sampai tapak khemah.Awalnya,khemah perempuan tepi bukit,namun,atas sebab2 tertentu..
"OK!Awok perempuan..pindoh tempat!!!!!"
semua berlari-larian ambik tempat perkhemahan laki punyer..tak muat la nak camping ,ada duk atas tanah ada duk atas tapaknyer.Tak apa,asalkan selesa,selamat dan boleh berkhemah

petang tu kitorang tak buat apa2.Riadah pun tak ada.Buat krja masing2 la.gajet pun buat sendiri jer.

9.00 malam : LDK - Bina logo,lagu,moto,energizer

Aktiviti kami berkumpulan yang pertama seperti yang tertera di atas di bawah pimpinan cg rafee.Oh,sebelum 2,eMa perkenalkan kumpulan Ema..Kumpulan BRAVO!

bunganya : Hakimah,Fakhriah,Ema,Aimie,Sapinah,Munirah,Syahirah,Piqa,Syuhada

ladybirdnya :
Syed,Omar,Naim,Syahmi

Sambil "berusrah"  di bawah tangga,macam2 gelagat dibuatnya =.=,ema sendiri tak boleh nak control diri.Pengaruh kak limah besar sangat la ni.Lagu kumpulan pun rasa bertahun2 nak siap.Akhirnya,ambik jugk lagu rima lagu wonderpet.Dan Moto kami 
"kami NULLY SECONDUS" - nak tahu maknanya..google sajela..
Energizer kami
"kami hebat sokmo,kami hebat sokmo..YEAH" - walaupun Ema keberatan nak buat tangan lembut2...terpaksa jugakla..T.T

aktiviti berakhir pada pukul 11.Sewaktu orang tak tidur dengan bunyi ketuk ketak ketuk ketak belah buluh,kumpulan kitorang jugakla rileks tidur la khemah (tak der parang la..nak buat apa lagi,tidur jela)..Suara sayup2 hilang dan hanya tinggal..suara lelaki yang sedang bergurau dengan gempa sekali :p


Rabu , 27/04/11

Bangun Awal!!Solat subuh!!dan.....kuliah subu..dan,..herm.Tak ada apa sangat pagi tu..

acara pagi ialah!

8.30 a.m. Junggle Trekking

Ema tak rasa macam junggle trekking.Sepatutnya,aktiviti ni ditukarkan nama kepada - Mendaki Bukit - 
Kitorang mendaki bukit Jong di belakang sekolah.Banyak halangan dan cabaran kami tempuhi..Memang lasak betulla aktiviti ni,sape yang memang anak manja, memang menyerenget la dalam hutan bukit tu..Mok B memang hyper la lam hutan,ha2..Aktiviti mendaki adalah paling mencabar,lalu jalan curam (bukan curang yer anak2),panjat laluan batu2 licin..dan macam2 lagi.Sampai jer "puncaknya",berguling sorang2 atas bukit tu..tunggu masa untuk rehat dan go on balik..letih betula.Yang bestnya,masa turun bukit.
Sesorang,Kaki memang menggeletar nak turun bukit.Bolehjer rasa nak terbang turun bukit tu..

Dapat jugaklah kami melalui kawasan air terjun sewaktu menuruni bukit.Cantik jugak air terjun dia,Orang laki ambikla chance ni nak redah kolam air terjun.Kami perempuan nie jerla main rendam2 kaki jer lam air terjun..Sewaktu nak sambung balik perjalanan.Adalah orang berteriak..
"PACAT!PACAT!!"
usah dicerita panjang lebar..nasib baik kami tak dijadikan hidangan lazat si pacat.Sekor jer pacat padahal..mana tahu,banyak lagi kat kawasan sekeliling air terjun tu 0-0
Masa laluan balik,terjumpalah kawasan mecok (sori,ema tak pandai nak eja).berapa kali kasut Ema tercabut ngan tenggelam lam "mecok"..haish,selagi hayat dikandung badan,selagi kasut masih muat...

ALHAMDULILLAH.Setelah 4 jam kami turun naik bukit.Sampai jugak ke kawasan perkhemahan balik.Tak nak fikir panjang2,ambik botol air terus kaut air batu,minum,masuk khemah,terus p mandi..Oish,memang uji ketabahan panjat bukit nie..kata ustaz aziz 
"Tahun depan awok masuk PLKN"

erm..yerla tu ustaz aziz,kitorang bukan cam ustaz..main gayut2 pokok2 mase lam hutan.Gerun betul tengok ustaz main panjat pokok,gayut atas pokok,panjat curam bukit..Nak jer Ema jerit  suruh ustaz jangan main gitu..Herm..

2.30 p.m. EXPLORACE!!

yes!BRAVO!!masa untuk explorace!

 KREATIVITI
Aktiviti bilik kaunseling.Luksi yer anak2.Dengan syarat,kena lukis satu line sorang dan jangan angkat tangan untuk tukar posisi lain!Buat satu lain ker,straight ke belokke..ikut pandaila..Kumpulan kitorang yang tak der idea,lukis jer pantai yang DIPENUHI batu2~ 

KENGERIAN
hohohohohohohohoho!!!
Ngeri!!nGERI!!...erm..tak..
ala,perempuan.nampak jer benda menggelikan,sah menjerit.Apa yang menggelikan..ialah Sebekas penuh dengan ULAT.nasib baik bukan ulat gonggok.hak..ulat oh ulat.tugasan nyer,kena ambik butang dalam balang yang penuh dengan ulat.Beranikan diri dan celup tangan anda!Oh yes!jangan terkejut bile anda melihat lelaki pun menunjukkan kegelian mereka pada ulat..^_^,tak rasa macam mana pun ulat tu,rasa macam plastesin keras..


LATIHAN FIZIKAL
Stesen cg norhayati.Kitorang kene lalu dalam lubang2 yang dibina menggunakan tali rafia.Lubang yang dinamakan Spider Web.Sorang satu lubang sahaja.Jangan sama lubang.Yang perempuan ambik lubang bawah.Yang lelaki,ada la yang terpaksa diusung untuk lalu lubang atas2..macam superman ema tengok sorang2.
selepas lalu spider web,kena pulak..merangkak!!OH YES!!dah lame nak cube,teruje ema..Berebut-rebut sesorang nak merangkak.Ingatkan Ema sorang teruje,ada lagi yang teruje dari Ema.Seretla lutut ngan tangan tu,jangan angkat pelvis girdle tu yer..kalu tak kene rotan.



AKTIVITI STAMINA
Kitorang tak tahu mana stesen nie.Berlari pusing tapak khemah.Rupanya,ada dekat kawasan bawah bukit lagi,ada satu sungai mengalir kat tepi tapak perkhemahan perempuan..Cantik sungai dia.
Stesen teacher Azyati ngan cg Ninie
Pergi bawah sungai dengan baldi.Kerjanya,semua orang kene masuk lam sungai dan kene isikan air dalam baldi.Takper,jernih molek sungai yer.Oh yer,isi air pakai tangan yer,penuhklan satu baldi.Kitorang pakat main mercik air lam baldi..pakat baling jer air..deras jugak isi airnya..
Akhirnya,kitorang..didenga oleh cg azyati.Sebab tinggalkan bendera kumpulan merata.Hu3.
Semua orang didenda dengan melutut dalam air sungai tu.Sambil meminta ampun.Adalah pulak sorang mamat ni action pulak dahhh minta ampun ngan teacher.Aish..

selepas isi air,angkut air naik bukit balik n kena angkut air baldi tu atas titian..titian buluh.Dengan bantuan sorang untuk pegang.
Terima kasih kimah sebb tolong pimpin kitorang.
Cg Azyati  - Orang lelaki macam nak menari balet..Ha2..Ema pun rasa begitu jugak cg..^_^
baldi yang oenuh berisi air dibawa sehingga ke garisan penamat~

BINA MODEL
yup..model!..cg isa punyer tugasan.Bina baju kertas mahjong.Modelnya,SYED.Syed rileks jer op..ker frust jadi model sekali sekala?Bolehla cipta baju,makhota ngan tali pinggang WWE ..
Aish..Sedapnyer syed dengan muke series yer depan cg bercerita mengenai baju kitorang..Pandai pulak dia reke tema kitorang yang tak tahu kaler apa temanya..:D

 TAYAMUM
Dibawah pokok yang teduh,tunggulah Ustaz syed atas kusi.Didepannya,terdapat sebaldi penuh dengan Mud.En. Omar pun menunjukkan demostrasinyer menggunakan mud sambil diarah oleh kami semuslimat ..Last2,sewaktu membuat demo
ustaz : Betul dok awok nie..ambik lumpur tu..
Kitorang : ha..?....erm..
Ustaz : Boleh dok tayamum pakai lumpur..
Kitorang : dok..

Akhirnya,ustaz tunjukkan jugak debu tanah di tepi ustaz  tu..
YA AMPUN!kesalahan besar !aish2!
Come doh muke omar pakai mud tu..Mud bath..Lawa2..he3.
semua didenda dengan mencalit lumpur di muke..Tugasan diakhiri dengan aktiviti mengejar ustaz..
Pengajaran : tetap pendirian dan pastikan anda menggunakan debu tanah..bukannya lumpur kk!

PEMBENTANGAN KUMPULAN
aktiviti dan tugasan di stesen cg Kinah.
Kitorang kene menyanyikan lagu,cakap tentang bendera kitorang,moto n energizer..

KAMI!Kumpulan BRAVO dengan semangatnya menyanyikan lagu kumpulan kami!
NULLY SECONDUS!NULLY SECONDUS !!kami kawan!!!bla bla bla bla..he3
Aktiviti menyeronokkan~~syed wak klako yer nyanyi macam budak kecik.aduh,sakit betul perut ketawa banyak sangat duk ngat awok2 yer..aish.
Akhirnya,kami kene siapkan origami.
Sewaktu menbuat origami 
"SAYA TAKMBOH AWOK BUAT KAPAL"
 "jangan buat kapal,jangan buat kapal .."
last2,terhasil jugakla...mulut binatang ...

IQ TEST
stesen yang memang kitorang tak complete pun ,tapi,cg baik hati lepaskan kitorang.3 tugasan.tugasan dimana kitorang perlu menyusun mancis2 tu membentuk segi empat..ikut arahan la..aish,thank u cekgu sebab lepas kitorang ..huk

MUSANG BERJANGGUT
Oh..stesen terakhir kitorang.Stesen ustaz amran ler..Nak asingkan macam2 bahan ada..tak cukup tangan.Sprong pun kene naik power la..Sabor jerla.(hak3,jangkit ngan awok2 yer la nie.>.<)
Tak boleh la nak buat bini laker.HAK3.kata syuhada ngan kimah,sape  nak khawinnyer..Ema sendiri pun tak nak la..HAK3


TAMAT SUDAH!akhirnya,sebelum lapor diri,Cg Aziz pun start la suruh setiap kumpulan kene buat macam2..budak menangis bunyi guaner,orang jalan tidur guane,orang terkejut guane,panggil orang camner,bunyi binatang guane..
waktu petang dihabiskan dengan rehat,dan persiapan malam persembahan
selpas garib pun kitorang sambung bincang..Herm..macam2 la bunyi ngan suara keluar.........

9.30 p.m. Malam persembahan

Start lambat.Habis pun lambat.Ada 2 jer persembahan yang telah ditetapkan.Sketsa ngan Dikir Barat.Kumpulan Ema dapat dikir barat kisah teladan.Frust jugak dapat dikir..nak sketsa,enjoy sket

Asalnya buat kat dewan,separuh perjalanan,kene buat kat tapak khemah.
Nak diceritakan kumpulan Ema,tak nak diperincikan..=.=
TUUTTTTTT
Ema maafla ye sebab suara tak kuat,lirik pun tak ingat,khayal la sebentar..Si tukang karut la pulak semngat berdikirnyer..Hu3..
Yang lalu harap dilupakan,Kami muslimat pun tak kisah langsung sebenarnya hal2 ni..tapi,ema lebih menghargai waktu2 kitorang bersama sebagai kumpulan daripada fikirkan persembahan malam tu..yang tu lebih berharga

juz enjoying the night dengan barbeque~~~

12.15 a.m.
Ada lagi kumpulan yang buat persembahan..kumpulan Ema p masuk tidur..Dengar je kot speaker tu..kitorang dan mengantuk la nak tengok sampai habis.selamat malam.Adious

Khamis 28/04/11

pagi tu bangun dah awal.Qiam pun tak ada pulak pagi2.Pagi tu kitorang terus siapkan simpan barang.semua ready.cg panggil,robohkan saje khemahnya..
Tak percaya tu last day.Kitorang semua tak ada feeling belake..Kalu balik,balik jerla..nak duk sehari lagi pun tak apa..

8.30 a.m. Memasak

Mati-matian kitorang ingatkan masak nasi ke apa.Last2,cg bekalkan tepung dengan telur.Masak telur dalam tanah ngan roti lilit.
Cara yang kump kitorang gunakan balut telur dengan lumpur setebalnya dan masak lam api.Roti tu,ada yang lilit ngan kayu ngan ada yang lilit dengan buluh.Namun,rotilah makanan yang Ema tak terfikir langsung nak makan dan ditelan..hi3.Harapkan makan telur yang 90% masak.Rasa roti pun  dicecah dengan serbuk kari maggi ..herm,rasa serbuk kari jugakla yang menyerlah.Dihiaskan pulak dengan pucuk paku dikutip kat pokok kelapa sawit."Roti" pulak rasa macam asap..hak3.

10.30 a.m. RUNTUHKAN KHEMAH!

runtuhkan khemah!!!!!!!!!!!KAMI DAH NAK BALIK!!!!!


11.15 a.m. UPACARA PENUTUP
acara penutup yang diserikan oleh pengetua..
dan cikgu bakar dan teacher salmi dan juga En Kala Jengking~
ngantok betul dengar cg cakap.Minta ampun cg..
Alhamdulillah,kumpulan Ema memenangi Hadiah Ketepatan Masa di mana Ema sendiri pun tak tahu sejauh mana kump Ema memang menepati  masa,Ema rasa cg pakat bagi asalkan semua kumpulan dapat..Oh yer..eh!Naim,ada benda lam bungkusan tu?buku kajang koloh ker?

12.00 p.m. BALIK
penghormatan diberikan buat para muslimin untuk balik dahulu.Kaum Hawa balik lambat la yer...Para muslimat pulak dah menunggu di bawah panas terik matahari.Memang tak sabar semuanya nak balik belake..Kalu,yer pun nak balil,jangan marahkan orang lain yer...mungkin frust lake nak balik,nak online FB tu..



Konklusinya..Inilah perkhemahan Ema yang paling tak Stress ngan Frust!!aktiviti tak mengongkong.Cg pun tak la tengking sangat2 macam latihan askar.marah pun sebab kitorang jalan terhegeh-hegeh,lambat,tak disiplin  dengan masa.Dan terima kasih buat ahli kumpulan Ema,walaupun kepala ada macam gunung berapi yang tak berenti meletus-letus,Ema memang enjoy saat kitorang bersama2 lam kumpulan.Kalu ada salah silap,keterlaluan,macam tak bercakap atau membantu sangat,maafkanlah Ema ngan kawan Ema yang lain..


p/s:Setiap kelemahan dan salah silap kita berdua harap dapat menguatkan lagi ikatan kita bersama  sebagai kawan~~

4 comments:

  1. camne tiba2 je bleh wat tayamum guna lumpur?tak nampak ke debu tanah kat situ? ni mesti excited nak cepat sangat sampai tk nampak debu kat situ..hehe.

    rindu camping =)

    ReplyDelete
  2. Kah3..
    Debu tu ustaz letak kat lam plastik kecik..tertutup..tak nampak pulak..
    Ustaz pun tak tanye nak gune tak debu.hak3..
    Majoriti semua kumpulan salah..ha3

    Tak per..next year sampailah waktunyer..hak3

    ReplyDelete
  3. haha..btol doh ow..kteorg lagi best..buat tayamum atas tanah.. siap buat ustaz tnya..

    "bkpe x wak pkai debu?"
    "Air ade ustaz, xley tayamum.."
    "awk napok x debu tu..ustz ltok bnyok doh ow.."
    "=.=..sabo jela..."

    ReplyDelete
  4. Ha3..
    Ustaz bez doh main kene ke orang..
    Suke je ustaz main..macam kanak2 ribena~

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.