Puasa Yer!
Alhamdulillahi Rabbilalamin...
Akhirnya,dapat jugak Ema menjadi antara salah seorang daripada muslim yang dapat berpuasa pada bulan Ramadhan Al-Mubarok..(Suka3)
Sekejap sahaja,rasanya macam kelmarin saja baru puasa Tahun lepas...
Time Fly~
Sekarang,dapat juga Ema dan rakan-rakan menikmati bulan puasa yang penuh barakah ini.Alhamdulillah~...Dan takziah kepada sesiapa yang tidak sempat menikmati puasa tahun ini..
Bersyukurlah kamu wahai pembaca sekalian,kerana anda adalah salah seorang yang terpilih untuk mengerjakan ibadah yang mulia,iaitu puasa.
Insya-Allah,sempena bulan puasa ini,Ema akan sentiasa menulis(walaupun sibuk dengan kerja,kalau pandai mengurus masa,nescaya semuanya boleh buat.Insya-Allah) blog - mencatat Diari Ramadhan Ema sepanjang bulan Ramadhan ini. - dan ilmu2 yang boleh dikongsi .
Ema sungguh teruja menyambut ramadhan kali ini kerana Ema mempunyai semangat untuk melakukan 'penghijrahan' kepada yang lebih baik..Insya-Allah.
Harap rakan-rakan lain pun begitu.
Oh,tak lupa juga..Mungkin Ema boleh kongsi cerita puasa Ema tahun2 lepas..Ada yang manis dan tidak terlepas juga yang pahit..Untuk 'juadah' katakan..huk3
Alhamdulillah,Sekolah Menengah Kebangsan Agama Tok Jiring telah mengadakan satu program sempena menyambut bulan Ramadhan,program Ihya' Ramadhan,ala..macam tahun2 lepas..Cuma ada perubahan sikit.jadual -.-' - yang membelitkan kepala(Siapa sokong!!!)
Ha3..rasanya,yang sokong tu pun yang tak baca jadual baru jugak.Ha3.
- Masa P&P dikurangkan 5 minit..
- rehat stay jer 20 mnt..
- Lower form ada tazkirah pada pukul 12.55 di musolla,upper form pada hari khamis sahaja sebab upper form masih belajar pukul 12.55
- Tadarus Al-Quran macam biasa selepas solat..
- BALIK PUKUL 2.30 (hooray)
- dan tidak lupa juga- pelancaran tabung sayang di sayang
itulah antara program yang diadakan sepanjang bulan Ramadhan tadi..
Tiada apa yang lagi boleh Ema katakan,cuma ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT BERPUASA ..
p/s:Ema kesian tengok adik Ema yang 6 tahun tu - putera muizuddin syahir~..Balik jer dari tadika,Mak beritahu syahir tak makan dekat tadika..AIYOO..kenapa tak mahu makan..Katanya nak puasa..Aish..Kelmarin kata tak nak puasa..ish budak nanti..Dahla tak sahur pagi tadi + muntah petang tadi..SEDIH T.T..syahir syahir..Tak apa,nanti kak masak makanan buka puasa yang sedap untuk syahir yer~sob3
*gambar di atas tidak ditujukan buat adik Ema..*
No comments:
Saya komen