Maafkan
ikhlas dari ema buat sahabat.......
Maafkan ku,
kerana tidak bisa menjadi teman yang kamu inginkan,
maafkan ku,
kerana tidak boleh menjadi teman bicara mu selalu..
sesungguhnya,ku tidak bisa berkata-kata untuk dirimu,
bahkan tidak bisa untuk ku menghargai setiap saat kita bersama,
maafkan ku,
kerana ku terlalu menyayangi dirimu..
maafkan diriku kerana terlalu percayakanmu,
wahai rakan baikku..
maafkan diriku kerana tidak dapat menutur bicara ku dengan sempurna,
maafkan diriku juga kerana tidak menjadi orang yang sempurna di matamu,
maafkanku kerana hanya menjadi bayang-bayangmu,
sesuungguhnya,tiada apa yang menarik buatku padamu,
tiada apa..
Maafkanku kerana kita tidak sama taraf..
bukan taraf kedudukkan,
tetapi taraf budi mu,bicaramu.Bukan diriku untuk ditandingi..
Mungkin bukan untukku,tapi mungkin diriku seharusnya melepaskan mu,
kerana diriku hanya diriku,
Diriku ini tidak dapat berubah untukmu,
untuk mejadi yang terbaik di matamu,
Maafkanku kerana sikapku ini,
maafkanku kerna kita dari dunia yang berbeza,
duniaku dan duniamu wahai sahabat, tidak sama,
Diriku ini bagaikan seorang kanak-kanak yang buntukan dan dahagakan kasih sayang,
Sesungguhnya sikapku ini bagaikan anak-anak inginkan seorang ibu penyayang,
Diriku bagaikan kembali seperti sedia kala,
seperti dulu-dulu tika hatiku belum mengenal hatimu,
Kerna semua sahabat baikku dahulu .....sudah 'tiada',
Diriku bagaikan sudah perit mempunyai sahabat baik,
sesungguhnya sahabat yang baik sukar dicari,
maka ku tanam dalam diriku,tidak mahu mencari sahabat baik tapi mecari seorang kawan,
Sehinggalah dirimu ya sahabat datang bagaikan memberi peluang dan harapan kepada ku,
untuk memulakan hidup baru,
Maafkan diriku kalau ku bersikap ego,
Sombong,kurang berbicara,keanak-anakkan mahupun tidak mudah mengawal perasaan diri ini,
Ku betul - betul minta maaf,
kerana tidak sempurna,
maafkan diriku kerana diriku bagaikan sudah luntur di matamu,
Mungkinkah ini takdir Illahi buatku,maka ku redha.
jikaku diberi permintaan,diriku hanya mahu dirimu mengenali ku sebagai Sahabat baikmu,
sahabat yang bukan mudah datang dan mudah pergi..
sahabat yang dikatakan sebagai sahabat baik pada namanya sahaja...
Namun,
ku tetap berterima kasih dan bersyukur,
kerana Allah telah menemukan kita berdua....................
Maafkan ku wahai teman..maafkan diriku ini..
harap dirimu dapat menerima ku seadanya wahai sahabat...
No comments:
Saya komen