Resepi Cuti #3 - Daging Black Pepper

Assalamualaikum

Inysa-Allah,hari ini resepi yang Ema nak kongsi agak simple cuma ambil masa yang agak lama untuk buat dan boleh buat bila-bila masa sahaja.

DAGING BLACK PEPPER
Biasanya Ema pakai perencah dagign black pepper yang Maggi punyer.Senang n simple + black pepper tu sedap dan pasti licin kalau makan.
Kali ni Ema nak buat Daging black pepper buat sendiri.Inilah bahan-bahannya



Bahan-bahannya:

500gm daging batang pinang dalam
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu makan sos lada hitam life
  • 1 sudu makan lada hitam-tumbuk kasar
  • 5 biji bawang putih-di tumbuk/cincang
  • 1 1/2 inci halia-halia di tumbuk/potong batang mancis
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 1 biji bawang holland-belah 6
  • 1 batang daun bawang-potong kasar
  • 1/2 biji cili banggala-di potong dadu/panjang
  • 1 biji cili merah-dihiris serong
  • 1 biji tomato-belah 4
  • air secukupnya
  • sedikit minyak dan garam secukupnya

Cara-caranya :


1. Basuh daging hingga bersih tos lalu potong atau hiris daging tipis-tipis.
2. Perapkan bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, sos lada hitam life dan sedikit garam selama 1-2 jam.(tak nak pun tak per)
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, dan halia. Bila dah layu baru masukkan bawang holland..dah naik bau masukkan daging dan kacau lalu biarkan masak sebentar.
4. Masukkan sedikit air (kalau nak berkuah bubuhlah air lebih sedikit) biarkan daging empuk (kalau guna daging batang pinang..tak yah tunggu lama) dan kuah agak pekat.
Masukkan hirisan cili hidup, tomato dan cili benggala.
5. Kacau rata, perasakan garam, masukkan daun bawang, kacau sekejap dan boleh di hidang panas-panas.



PESANAN EMA

Ema tak ikut semua bahan-bahan yang perlu digunakan.
  • Contohnya,daging batang pinang dalam tu(entah apa) gantikan dengan daging korban baru2 ni (he3),300 gm jer.
  • kicap pekat tak ada gantikan dengan kicap cair biasa cak kipas tu
  • bawang holland..NOPE
  • cili benggala aka cili c.highlands...tak ada juga
Lepas tu,DAGING!PERHATIAN!
daging tu,awal2 dah rebus daging biar empuk..Daging yang sangat empuk memakan masa hampir 2 jam atau biarkan air rebusnya kering (he3),masa goreng biar lama sikit untuk empukkan lagi dan nak suruh kuah dia pekat sikit.

Toskan daging lama2..kalau ikut cara2 nya kata 1-2 jam..nak lebih tak apa..lagi sedap daging nanti lagipun air daging nanti tak keluar banyak sangat masa goreng nanti..
Ok!selamat mencuba~


kalau nak senang lagi , daging gantikan dengan ayam~


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.