Resepi Cuti #4 - Chocolate Chip Cookies

December 15, 2010

Assalamualaikum

Hari ini,resepi yang Ema nak kongsikan sempena cuti sekolah nie ialah

Chocolate Chip Cookies
@
Biskut Coklat Cip


Asalnya idea nak buat ni sebab teringatkan Biskut Favourite Ema yang paling sukax3 sekali...Mestilah biskut Famous Amos,

Rangup,sedap...
Mencari2 resepi nak buat biskut ala-ala Famous Amos ni,terjumpa pula resepi yang di katakan adalah ramuan 'rahsia' biskut famous amos.Bila tengok dan belek2 resepinya,tak ubah macam resepi yang Ema buat masa Hari Raya yang terdapat dalam Majalah Keluarga edisi 1999/2000.
Kalau macam tu,lebih baik Ema ikut resepi dalam majalah keluarga~Kaedah pun sama..cuma bahan2 dia je lain sikit.

Biskut Chocolate Chip

Bahan2


150gm mentega
230gm gula (gula halus lebih bagus/gula kaster/gula aising/gula perang)
70gm telur
4gm esen vanilla
200gm tepung gandum
160gm cornflake (gantikan dengan oatmeal)
2gm garam
3 gm serbuk penaik(baking powder)
3gm soda bikarbonat
180gm chocolate chip
110gm kacang tanah – ditumbuk  (pilihan)

Cara2

1. pukul mentega dan gula hingga kembang.Kemudian masukkan telur,esen vanila dan pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik,baking powder,cornflake beserta garam.Kemudian gaulkan bersama chocolate chip dan kacang tanah.Gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam paper cup.Bakar dengan suhu 150c

yang ini pula adalah resepi yang claim ialah resepi Biskut Famous Amos..Banding jerlah dengan resepi yang tercatat kat atas ;
 
Biskut 'Famous Amos'
 
Bahan-bahan:




1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut) - pilihan -
1/2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel) -pilihan-
1 s/k vanilla


Cara:


1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.





Jackpot!Delicious~

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.